Kes cabul dalam kalangan kanak-kanak bukanlah perkara yang baru dalam masyarakat kita. Di media sosial dan dada akhbar kes sebegini sudah terlalu banyak dilaporkan berlaku. Paling merunsingkan, si pelaku adalah orang terdekat yang paling dipercayai.
Kalau perkara tersebut terjadi, apakah langkah yang patut diambil oleh ibu bapa? Baca kisah yang dikongsi saudara Akhi Fairuz ini.
Anak mengadu
Ingat step ini, ajarkan pada anak
Menitik air mata saya baca mesej Puan ni.
Mana-mana mak ayah yang ada anak kecil pasti rasa tersentak jika kejadian macam ni berlaku pada anaknya. Kita dah jaga dia elok-elok, didik baik-baik, tapi ada orang lain yang rosakkan!
Sebab tu kalau ada ibubapa yang mengadu pada saya pasal ni, yang pertama saya akan minta mereka percaya dahulu apa yang anaknya sampaikan.
Anak-anak sebesar ini takkan sekali-kali menipu bila private partnya (bibir, dada, punggung, kemaluan) disentuh, diraba, apatah lagi dimasukkan zakar.
Please, please, please, buat report polis segera. Kemudian, polis akan guide untuk dapatkan laporan kesihatan di hospital. Doktor perlu periksa kesan tusukan atau koyakan, samada kesan baru atau dah lama (berkali-kali berlaku).
Tolong, tolong, tolong, ajar anak-anak apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat. Anak-anak kena tahu bertindak kalau rasa tak selesa seseorang individu menyentuh tubuh badannya.
Ingat 3 step ini, ajarkan pada anak,
1. JERIT kuat-kuat
2. LARI
3. MENGADU
Bila nak ajar? Seawal yang boleh. Bila anak dah faham arahan kita, terus sahaja ulang-ulang perkara ni. Lama-lama dia akan faham. Mulakan dahulu dengan memberi nama yang sebenar kepada kemaluan yang lelaki dan perempuan.
Jika dah usaha untuk mencegah, tetapi perkara tak diingini tetap juga berlaku, jangan pernah undur untuk membela nasib anak. Jangan fikirkan sangat pasal pemangsa (apatah lagi si pelaku ahli keluarga sendiri). Anak-anak ini akan nampak kita berbuat sesuatu untuk haknya!
Share post ini. Tag pasangan anda. Biar ramai ibubapa yang alert!
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
Sumber : Akhi Fairuz
0 comments :
Post a Comment