Ibu yang menyusukan anak perlu pastikan makanan yang diambil mengandungi khasiat yang bukan sahaja baik untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin tetapi juga untuk pastikan susu yang dihasilkan berkualiti untuk bayi. Ini ada lapan makanan yang berkhasiat untuk ibu yang menyusukan anak.
Bawang Putih
Bawang putih adalah antara makanan yang paling disarankan ketika dalam tempoh berpantang. Ia berfungsi memulihkan luka dan membuang angin dalam badan. Selain itu, ia juga mempunyai khasit dalam membanuakkan penghasilan susu badan. Bawang putih boleh dibakar dan dimakan seperti ubi kentang, dicampurkan dalam makanan atau disagat dan dicampurkan dengan susu bersama sedikit madu atau gula.
Sayuran Berdaun Hijau
Semua tahu sayuran mengandungi khasiat yang amat penting yang diperlukan oleh tubuh. Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan brokoli kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C dan zat besi. Ibu yang selepas bersalin boleh mendapatkan kembali bentuk badan yang diinginkan kerana kandungan kalori yang rendah dalam sayuran ini. Selain itu, ia juga adalah alternatif baik untuk produk tenusu kerana kandungan kalsium yang tinggi.
Bijiran Penuh
Bagi ibu yang sedang berpantang dan sedang menyusukan anak, mereka amat digalakkan untuk mengambil bijiran penuh seperti beras perang, bijirin sarapan, roti dan pasta. Ia dapat membekalkan tenaga yang mencukupi untuk ibu jika diambil pada waktu sarapan. Bijirin kaya dengan asid folik yang penting untuk memastikan tumbesaran bayi yang sihat. Ia dapat membekalkan zat besi, serat dan vitamin penting untuk kesihatan ibu dan bayi dan kandungan seratnya juga dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.
Kekacang
Kacang seperti badam, gajus dan kacang kuda amat baik jika dijadikan snek berkhasiat dalam diet ibu berpantang. Ini kerana kacang jenis ini dapat membantu dalam membanyakkan penghasilan susu badan dan ia juga adalah sumber protein yang baik dengan kandungan lemak semula jadinya yang baik untuk kesihatan.
Lobak Merah
Lobak merah mengandungi phytoestorgen yang tinggi dan ia baik untuk dijadikan makanan ibu menyusu dan berpantang. Kandungan phystoestrogen ini dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu.
Kurma
Kurma adalah antara makanan yang dapat menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Selain itu, ia juga dapat membantu memulihkan tenaga setelah proses bersalin, mengurangkan rasa letih serta melancarkan pencernaan.
Ulaman
Ulam seperti jantung pisang, pucuk betik, pucuk bebuas, pucuk manis dan pegaga adalah antara ulaman yang sering diambil oleh para ibu yang sedang menyusukan bayi. Ia juga dapat membantu ibu yang lepas bersalim memulihkan luka dalam perut.
Avokado
Bagi ibu yang berpantang, masalah yang sering dihadapi adalah sering berasa lapar kerana perlu fokus kepada penjagaan anak. Oleh itu, avokado adalah penyelesaian yang sesuai kerana ia mengandungi 80 peratus lemak berkhasiat dan dapat membuatkan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Selain itu, ia juga kaya dengan pelbagai vitamin penting untuk kesihatan seperit vitamin B, C, E dan folat.
Sumber Gambar: Shutterstock
The post 8 Makanan Terbaik Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment