Zaibo Meninggal Dunia Kerana Kanser Esofagus, Ini Fakta Mengenai Penyakit Tersebut

Pada 14 November 2018, industri hiburan negara telah dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon dan pelawak veteran, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid. Allayarham Zaibo yang terkenal dengan wataknya sebagai Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya kira-kira jam 1;30 petang, Rabu lalu. Arwah telah disahkan menghidap penyakit kanser esofagus tahap empat sejak Ramadhan lalu.

Dia mula menyedari menghidap penyakit tersebut apabila sukar untuk menelan makanan. Sejak berita tentang keadaan pelakon itu tersebar, beberapa rakan artis turut melawatnya di rumah. Tidak ketinggalan juga, Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultam Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah turut datang melawat arwah pada Isnin lalu. Oleh itu, Jelita kongsikan beberapa fakta penting mengenai kanser esofagus ini. Apakah Kanser Esofagus?

Esofagus adalah saluran tiub berotot yang menyambungkan mulut dan perut. Kanser Esofagu berlaku apabila terdapat pertumbuhan sel yang tidak normal dalam esofagus. Sel ini akan merebak ke bahagian badan yang lain melalui darah atau sistem limfa jika ia tidak dirawat pada peringkat awal. Kanser ini terdapat dalam dua jenis iaitu Karsinoma Sel Skuamus Esofagus (sering berlaku di bahagian atas esofagus) dan Adenokarsinoma (berlaku dalam tisu kelenjar di bahagian bawah esofagus)

The post Zaibo Meninggal Dunia Kerana Kanser Esofagus, Ini Fakta Mengenai Penyakit Tersebut appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment