[VIDEO] “Perjalanan Saya Tak Selalu Mudah..” – Ini Kisah Alvin Chong Yang Ramai Tak Tahu!

Hidup sebagai artis ni memang nampak semuanya indah. Orang nampak yang bestttt je kan tapi yang susah tu diri sendiri je tahu! Lagi-lagi untuk artis yang baru menceburi bidang ni. Nak buat orang kenal kita pun susah tau.

Samalah macam Alvin Chong. Perjalanan dan liku-liku kehidupan dia tak semua yang tahu. Ikuti artikel ini sampai habis untuk mengetahui macam mana Alvin Chong mengatasinya dengan pergi ke tempat-tempat ini.

A- Mei Tea House

Perhiasan dalamanya yang bertemakan Jepun memang sangat-sangat mendamaikan! Alvin pergi sini untuk menenangkan fikiran. Kalau korang nak pergi tempat yang boleh buat fikiran korang tenang sambil minum teh, inilah tempatnya. Di sini juga ada demonstrasi pembuatan teh dan juga ada muzium.

Beitou Thermal Valley

Tempat ni sangat terkenal dalam kalangan orang Taiwan. Pertama sebab tempat ni memang cantik dan sesuai untuk jadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga.

Kedua, disebabkan cuaca yang sejuk, orang ramai mengambil peluang untuk berendam di tasik ini. Suhunya boleh mencecah sehingga 80 ke 100 darjah celcius tau! Dengar macam panas sangat tapi kalau cuaca sejuk, memang best!

 Chiang Kai-shek Memorial Hall

Chiang Kai-shek Memorial Hall merupakan pemimpin yang paling lama berkhidmat untuk Republic of China (kini dipanggil Taiwan). Sesetengah orang menyukai cara kepimpinannya namun ada juga yang menentang kepimpinan secara diktator dan tegas.

Di memorial hall ni ada tugu peringatan dan juga bangunan-bangunan bersejarah yang lain. Kalau korang berminat nak tahu mengenai Chiang Kai-shek Memorial Hall ni, boleh baca kat sini!

Jiufen Old Street

Asalnya dibina oleh orang Jepun pada tahun 1893, setiap lorong dan jalan di Jiufen Old Street ni penuh dengan sejarah dan kebudayaan. Sampai sekarang ni, kebanyakan bangunan-bangunan yang dibina tu masih lagi kukuh tau! Tempat ini juga asalnya merupakan perkampungan kecil yang dibina ketika penemuan emas pada waktu itu!

Disini juga boleh sewa cheongsam kalau nak fefeeling orang dulu-dulu dan ambik gambar di sini. Memang tak mengecewakan!

Shifen Old Street

Terletak di sekitar Pingxi, Shifen Old Street ni merupakan lorong dan jalan sekitar stesen kereta api Shifen yang asalnya dibina untuk mengangkat arang ketika zaman pemerintahan Jepun.  Dikelilingi dengan pasar malam, tempat ni merupakan tempat yang paling sesuai untuk cari cenderahati!

Shihlin Night Market

Terletak 70 meter dari MRT Jiantan, Shihlin Night Market ni memang aktiviti malam paling famous di Taiwan! Di sini para pelancong boleh dapatkan snek-snek yang sedap seperti bubble tea, oyster omelette dan macam-macam lagi snek Taiwan yang selalu korang makan kat Malaysia tu.

 Taipei 101 

Ha,yang ini wajib untuk korang pergi. Taipei 101 merupakan bangunan tertinggi di dunia dari tahun 2004 sehinggalah 2010 dimana Burj Khalifa, Dubai dibina. Tapi ia masih kekal sebagai bangunan berteknologi hijau tertinggi didunia hingga ke hari ini!

Bukan itu je, lif dia juga merupakan lif terpantas dengan kelajuan 1,010 meter/min (60.6KPH), bersamaan dengan hanya 37 saat untuk ke tingkat 89! Masuk dalam Guiness World Record tau!

Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, observatory atau balai cerap ini ada 4 tingkat untuk di-explore dan pelajari.

Kalau korang perlukan tempat untuk tenangkan minda, Taipei memang sesuai sangat!

Jarang korang dengar Taipei, Taiwan yang dikaitkan dengan tempat-tempat sebegini kan? Selalunya kalau bercerita mengenai Taiwan mesti korang fikir shopping je. Ini merupakan side Taipei yang tak ramai orang tahu dan yang telah Alvin Chong explore untuk mendapatkan lebih ketenangan.

Dengan AirAsia X, hanya RM299 je tau nak ke Taipei!

Betul tu, korang boleh terbang dari Kuala Lumpur  ke Taipei, Taiwan dengan harga serendah RM299 (all-in fare!) !! Korang boleh mula tempah tiket korang dari dari sekarang sehingga 11 November 2018 untuk penerbangan pada 29 Oktober hingga 30 April 2019!

Tambang ini hanya untuk ahli BIG sahaja tau! Tapi jangan risau, kalau bukan ahli pun tambang masih lagi murah iaitu RM304! Masih lagi berbaloi untuk korang beli.

Berbaloi sangat untuk tempat yang ada macam-macam benda ni! Paling best sebab ada banyak tempat bersejarah so korang memang tak bosan! Night market dia pun ada macam-macam tau yang korang boleh try pergi.

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan apa kata korang pula yang buat cerita korang sendiri bila pergi ke tempat-tempat ni! Beli tiket sekarang okay! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment