Musim sekolah kembali lagi. Cuti panjang sebegini digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa untuk bercuti dengan anak-anak dan menghabiskan masa berkualiti bersama. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan ini untuk mengkhatankan anak lelaki masing-masing.
Satu video viral seorang kanak-kanak yang menyanyi ketika melawan kesakitan menggeletek netizen dengan telatah lucunya.
Menyanyi untuk tenangkan diri
Doktor suruh dia azan tapi dia istifar lepas tu semua lagu lah dia nyanyi hahaha ?#momentsunat#berkhatan pic.twitter.com/KtC9zm6GZt
— Sharm ?? (@Sharmsoul) November 29, 2018
Video berdurasi 1 minit 3 saat itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan dipegang dari belakang ketika disunatkan. Apa yang mencuit hati adalah dia sempat menyanyi lagu Projector Band, Sudah Ku Tahu. Nyanyiannya itu membuatkan perakam video, doktor dan perawat tidak dapat menahan gelak.
Kemudian, dia sempat mengalunkan zikir penenang setelah dicadangkan supaya azan untuk menenangkan diri. Tidak lama selepas itu, kembali menyambung lagu Sudah Ku Tahu, sekali lagi membuatkan semua di dalam bilik rawatan tergelak.
Sesi diakhiri dengan lagu ucapan Terima Kasih Cikgu yang ditukar Terima Kasih Doktor nyanyian Najwa Latiff.
Sumber: Sharmsoul
0 comments :
Post a Comment