Adat berjanji, kita mestilah berusaha untuk menunaikannya, apatah lagi apabila membabitkan wang Ringgit. Sudah tentunya yang dijanjikan tertunggu-tunggu janji tersebut ditunaikan.
Mangsa serangan asid bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan sehingga kini masih menanti janji seorang ahli perniagaan kepadanya, 2 tahun lalu.
Janji RM100k untuk pembedahan
Menurut Dahyatul, sudah 2 tahun dia menunggu seorang ahli perniagaan terkenal menunaikan janji menanggungg rawatan pembedahan plastiknya dengan kos RM100 ribu.
Tambah gadis berasal dari Kuala Berang, Terengganu itu, individu berkenaan berjanji menampung kos itu pada 2016 bagi merawat wajahnya yang terjejas gara-gara disimbah asid pada 2010.
Jika tidak boleh tolong jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya. Selama dua tahun saya menunggu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada ahli perniagaan itu.
Janji masih segar di ingatan
Menurut gadis ini lagi, walaupun sudah 2 tahun, dia masih mengingati dengan jelas janji yang dibuat oleh individu berkenaan. Malahan, dia sendiri sudah menjalani pemeriksaan di hospital namun masih ternanti-nanti rawatan susulan hingga kini.
Jangan berjanji jika tidak mampu tepati. Walaupun sudah dua tahun berlalu, saya masih ingat dengan janji diberikan mereka. Kata-kata harapan yang diberi mereka masih segar di ingatan sehingga kini.
Saya sudah menjalani semua proses yang diminta termasuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi hingga sekarang pihak berkenaan tidak membuat susulan, sekali gus menyebabkan saya tertanya-tanya status rawatan seterusnya.
Selain menghadapi masalah keyakinan diri dengan keadaan wajahnya, Dahyatul juga mengalami gatal-gatal setiap kali berpeluh.
Selama lapan tahun saya menjalani kehidupan dengan wajah seperti ini dan ia sudah sebati dengan diri, tetapi jauh di sudut hati, saya tetap ingin merawatnya supaya ia kembali normal sekurang-kurangnya tidak mengalami masalah kulit gatal.
Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling.
Maklumlah wajah saya tidak sama seperti orang lain dan tentunya akan menjadi perhatian dan tidak semua orang yang mengetahui tragedi di sebalik wajah ini dan memahami perasaan saya.
Sumber: Harian Metro
0 comments :
Post a Comment