Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim patah tulang rusuk dan alami kecederaan dalaman selepas dipukul ketika misi menyelamat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman. Mangsa hadir ke lokasi bersama beberapa anggota lain untuk memadam kebakaran sebuah kereta namun diserang.
Artikel berkaitan : Rusuhan Kuil : Patah Tulang Rusuk & Alami Kecederaan Dalaman, Anggota Bomba Kini Di ICU
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin menerusi Harian Metro berang anggota bomba menjadi mangsa sedangkan mereka hanya menjalankan tugas.
Tolong hormati mereka
Ketika ditemui di sidang media lobi Parlimen hari ini, YB Zuraida meluahkan rasa kecewa melihat anggota bomba menjadi mangsa dalam kejadian rusuhan. YB Zuraida memohon agar orang ramai menghormati anggota yang cuma menjalankan tugas.
Anggota bomba cuma jalankan tugas, tolong hormati mereka.
Ini budaya yang harus dihentikan kerana mereka adalah penjawat awam beruniform, perlu ada satu tahap hormat terhadap penjawat awam beruniform daripada rakyat Malaysia.
Anggota bomba menjalankan tugas dan amat diperlukan dalam apa juga situasi kecemasan.
Sudahlah kurang mendapat pengiktirafan, kini mereka tidak dihormati apabila dipukul ketika bertugas.
Saya harap polis membuat siasatan terperinci supaya pihak yang melakukan perkara keterlaluan ini dikenakan tindakan.
Menurutnya lagi, tindakan perusuh menyerang dan mencederakan adalah keterlaluan dan tidak seharusnya berlaku.
Patut ada rundingan, perbincangan meja bulat
Beliau berkata lagi, isu perebutan tanah membabitkan kuil dan syarikat swasta itu sepatutnya diselesaikan lebih awal.
Sepatutnya ada rundingan dan perbincangan meja bulat dibuat dengan pihak terbabit, panggil pihak perunding untuk cari jalan penyelesaian.
Saya harap insiden ini menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya berani berdepan masalah dan selesaikan sebelum terlambat.
Kegagalan mencari jalan penyelesaian menjadi punca tercetusnya insiden sebegini.
Sumber : Harian Metro
0 comments :
Post a Comment