Menyambut kelahiran cahaya mata adalah yang paling dinantikan oleh pasangan suami isteri. Segala persiapan pasti sudah disediakan sebelum kelahiran bayi namun adakah anda dan pasangan sudah bersiap sedia dari segi kewangan? Ini kerana tidak kira sama ada anda memilih untuk bersalin di hospital swasta mahupun kerajaan, risiko ketika melahirkan anak pasti ada. Ini ada beberapa tip untuk melakukan persediaan kewangan menyambut kelahiran anak.
Menyimpan Dari Awal
Menabunglah dari awal. Seeloknya, sewaktu bujang, anda seharusnya sudah mula menabung iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada gaji. Wang ini tidak boleh digunakan kecuali untuk hal kecemasan. Walaupun jumlah tabungan anda kecil namun ia akan bertambah dengan cepat jika anda berdisiplin.
Dana Kecemasan
Sebaik sahaja isteri hamil dan anda membuat keputusan mendapatkan rawatan serta bersalin di hospital swasta, anda (suami) diwajibkan untuk menyimpan dalam satu dana kecemasa. Ini bagi mereka yang tidak mempunyai wang simpanan. Wang ini tidak boleh digunakan untuk urusan lain kecuali hanya buat bayaran kos bersalin yang diperuntukkan itu.
Insurans
Pasti ramai yang mempunyai insurans kini. Namun, ramai yang tersilap memilih plan yang sesuai. Sepatutnya bagi wanita, anda harus memilih pelan takaful yang membiayai kes atau kos komplikasi. Jadi, jika terjadi sebarang perkara yang tidak diingini, anda boleh menggunakan wang insurans untuk membiayai kos sepanjang anda menerima rawatan di hospital. Dengan cara ini, anda tidak perlu mengunakan wang sendiri.
Menambah Pendapatan Sampingan
Ini bagi mereka yang bergaji rendah atau tiada wang lebihan untuk menabung dana kecemasan. Harus diingat, wang tidak akan datang bergolek dan anda harus berusaha untuk mendapatkannya. Jadi, berikut antara cara bagi mendapatkan wang tambahan:
- Membuat Lebih Daripada Satu Kerja
Kini, ada banyak kerja separuh masa yang boleh dilakukan dan pendapatan yang diterima agak lumayan. Ini adalah cara paling cepat untuk mendapatkan wang tambahan bagi menampung kos hospital nanti. Antara yang boleh dilakukan ialah menyediakan perkhidmatan menghantar barang, pemandu kereta sewa (GRAB), menjalankan perniagaan dalam talian atau berniaga kecil-kecilan
- Mengurangkan Perbelanjaan
Potong apa yang tidak perlu. Jika selama ini anda suami isteri sering makan di luar. Elok kiranya, mula berjimat dan makan makanan yang dimasak sendiri. Banyak wang yang dapat disimpan. Selain itu, jika mempunyai lebih lebih daripada dua kenderaan, apa kata hanya kekalkan dengan sebuah kenderaan sahaja.
The post Tip Persediaan Kewangan Sambut Kelahiran Anak appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment