Bayi biasanya boleh tidur dengan selesa dalam bilik bersuhu 24 atau 25 darjah celcius. Amant penting bagi anda memastikan bilik tersebut mempunyai pengudaraan yang baik untuk memastikan bayi anda tidur dengan selesa. Berikut adalah tip mudah untuk pastikan bayi kekal sejuk dan selesa sewaktu tidur.
- Alihkan peralatan tempat tidur yang tidak diperlukan. Seorang bayi yang memakai lampin, baju tidur berlengan panjang dan seluar panjang hanya memerlukan selimut kapas nipis untuk melitupinya itupun jika suhu bilik 24 darjah celcius.
- Jika bayi masih panas dan bilik itu tiada penyaman udara, dia boleh tidur dengan hanya memakai lampin dan baju berlengan pendek yang nipis.
- Keluarkansebarang penebat di sekeliling katil bayi untuk membolehkan udara beredar.
- Buka tingkap di semua bilik untuk membolehkan angin segar masuk.
- Gantung tuala basah di atas kerusi atau tingkap apabila suhu terlalu panas. Air yang meluwap akan membantu menyejukkan udara.
- Turunkan langsir dan bidai pada waktu siang untuk mengelakkan matahari yang memanaskan bilik.
- Perhatikan bayi anda sekiranya dia tertidur dalam kereta sorong bayi. Kereta sorong bayi boleh jadi panas dan tidak mempunyai pengudaraan dan anda mungkin perlu membeli kipas kecil yang menggunakan bateri untuk diklipkan pada kereta sorong jika anda kerap keluar berjalan-jalan ketika waktu tidur siang hari.
- Usah sesekali meninggalkan bayi tidur di kerusi keretanya. Walaupun tingkap kereta dibuka, suhu dalam kereta yang dipakir boleh meningkat dengan begitu cepat.
The post Tip Pastikan Bayi Kekal Sejuk Dan Selesa Ketika Tidur appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment