The World’s Highest Paid Women In Music 2018 Goes To Katy Perry

Forbes mendedahkan senarai Highest-Paid Women in Music untuk tahun 2018 baru-baru ini dan Katy Perry berjaya menduduki tempat pertama dengan keseluruhan USD83juta dari Jun 2017 sehingga Jun 2018.

 

[caption id="attachment_121253" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Sumber Google[/caption]

 

Kebanyakkan pendapatan yang diperolehi penyanyi popular ini adalah dari jelajahnya, 80-date Witness.  Dia juga berjaya membahagikan masanya untuk menjadi salah seorang juri di rancangan American Idol reboot untuk saluran ABC yang mana memperoleh anggaran USD20juta.

 

Taylor Swift berada di tangga kedua dengan jumlah peroleh USD80juta. Superstar ini mendiamkan diri di laman sosial pada tahun lalu sebelum kembali muncul dengan pelancaran album terbaharunya berjudul Reputation yang mana berjaya dijual sebanyak dua juta cetakan di seluruh dunia pada minggu pelancarannya.

 

Satu-satunya sebab kenapa bintang ini tidak berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai ini adalah kerana jelajah albumnya, Reputation Stadium Tour yang berlangsung pada tahun ini jatuh di luar masa kiraan Forbes iaitu bermula Jun 2017 sehingga Jun 2018.

 

Beyoncé menduduki tempat ketiga dengan jumlah USD60juta. Selepas dia dan suami, Jay-Z menyambut kelahiran anak kembar mereka iaitu Rumi dan Sir pada Jun 2017, Queen Bey ini mendiamkan diri sehinggakan kembali beraksi di pentas Coachella pada musim luruh lalu dan melancarkan album bersama Jay-Z pada bulan Jun 2018.

 

Pendapatan Bey menerusi jelajah stadium keduanya bersama Jay-Z pada musim panas lalu iaitu On The Run II bakal dikira pada scoring period akan datang.

 

Di tangga kelima adalah Lady Gaga iaitu sebanyak USD50juta. Peranan utamanya di dalam filem A Star Is Born bergandingan bersama Bradley Cooper memberikan hasil pendapatan yang cukup tinggi buatnya. Manakala di tangga ke-7 adalah Rihanna yang menerima USD37.5juta pendapatan menerusi Fenty Beauty dan Savage Lingerie. Meskipun dia sudah agak lama tidak mengikuti penjejalahan album sejak tahun 2016, Rihanna masih kekal di mata umum pabila membintangi filem Ocean’s 8.

 

Kiraan pendapatan ini kiraan sebelum dikenakan cukai bagi setiap pendapatan mereka, yang mana diambil sehingga bertarikh 1 Jun 2018, sebelum ditolak pembayaran terhadap ejen, pengurus, peguam dan pelaksana harta pusaka.

 

Berikut adalah senarai penuh World’s Highest Paid Women In Music 2018.

1. Katy Perry (USD83juta)

 

The post The World’s Highest Paid Women In Music 2018 Goes To Katy Perry appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment