Teaser Pertama Dan Kedua Toy Story 4 Dedah Karakter Baru – Forky, Ducky Dan Bunny

Peminat filem animasi popular dari tahun 1995 ini pastinya sudah tidak sabar menanti pelancaran filem kesinambungan Toy Story 4.

 

 

Woody, Buzz, Jessie dan sahabatnya yang lain kini kembali dengan teaser treler pertama untuk Toy Story 4. Lapan tahun lalu kita mengucapkan selamat tinggal kepada Andy dan squad Toy Story kerana pada akhirnya mereka berpindah ke rumah yang baharu bersama Bonnie di dalam Toy Story 3.

 

Teaser terbaharu ini memaparkan yang mana ke semua permainan ini menari di dalam bulatan bersama karakter baharu, Forky. Forky adalah sejenis spork yang diberikan makeover di dalam projek kraf dan seakan menafikan akan fakta yang dia kini merupakan satu permainan.

 

 

I don’t belong here!” tangis utensil itu yang mana menggunakan suara Tony Hale.

 

Menerusi Teaser Trailer Reaction pula, Toy Story memaparkan dua lagi karakter baru iaitu Ducky dan Bunny yang mana disuarakan oleh Keegan-Michael Key dan Jordan Peele. Dua karakter ini merupakan dua hadiah permainan karnival yang menjadi dambaan penggemar fun-fair.

 

 

Menurut sinopsis Toy Story 4, permainan ini semuanya hidup gembira bersama Bonnie selepas Andy menghadiahkan kesemua permainannya itu pada pengakhiran Toy Story 3. Dalam filem sambungan ini nanti, semua permainan ini akan mengikuti sebuah road-trip dan di mana mereka akan bertemu dengan Ducky, Bunny dan Forky.

 

 

Filem animasi blockbuster ini bakal ditayangkan bermula 20 Jun di Australia dan 21 Jun 2019 di United Kingdom dan United States.

 

 

 

 

The post Teaser Pertama Dan Kedua Toy Story 4 Dedah Karakter Baru – Forky, Ducky Dan Bunny appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment