Generasi kelahiran 90-an pastinya tahu dan menggilai filem animasi ini sewaktu kanak-kanak. Kini The Lion King versi live-action bakal menemui anda pada tahun 2019.
Disney membuat kejutan dengan melancarkan teaser trailer filem animasi kegemaran ramai ini pada hari ini, yang mana sebahagian dari perayaan bola Thanksgiving, dengan replika babak pembukaan dari filem asalnya pada tahun 1994.
“Everything the light touches is our kingdom,” kata Mufusa (suara James Earl Jones, memulakan peranannya dari awal) dalam satu voiceover sementara kamera memaparkan kehidupan liar Afrika.
Selain dari Jones, bintang lain yang turut serta termasuklah Donald Glover sebagai Simba, Beyonce sebagai Nala, Chiwetel Ejiofor sebagai Scar, Alfre Woodard sebagai ibu Simba iaitu Sarabi, John Oliver sebagai Zazu, John Kani sebagai Rafiki, Florence Kasumba sebagai Shenzi, Eric André sebagai Azizi, Billy Eichner dan Seth Rogen sebagai Timon dan Pumbaa. JD McCrary dan Shahadi Wright Joseph bakal memainkan watak Simba dan Nala sewaktu muda.
Filem animasi The Lion King ini diarahkan oleh Jon Favreau yang mana sebelum mengarahkan filem animasi Disney versi live-action/CGI untuk The Jungle Book pada tahun 2016.
Ia adalah remake filem animasi paling terbaharu dalam versi live-action dari studio yang mana boleh lihat kejayaannya dalam Beauty and the Beast pada tahun lalu serta yang akan datang adalah Dumbo, Aladdin, Lady and the Tramp serta Mulan pada tahun-tahun mendatang.
The Lion King akan menggegar pawagam pada 19 Julai, 2019. Tonton teaser trailer pertama filem The Lion King ini di bawah.
The post Surprise! Disney Keluarkan Teaser Pertama Filem Animasi The Lion King Versi Live-Action appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment