Sinar Wajah Baharu

Teks : Razin Mohd

 

Astute Clinic memperkenalkan rawatan laser baharu yang dikenali sebagai Sylfirm yang bermanfaat dalam memulihkan masalah kulit seperti kemerahan, ton kulit tidak sekata dan juga masalah parut jerawat.

 

 

Saya sendiri berkesempatan mencubanya dan dalam masa satu bulan hasil kulit tampil lebih lembut, pori semakin mengecil dan kulit tampak lebih cerah.

 

Saya memiliki kulit kombinasi juga tidak banyak masalah kulit selain kesan bekas jerawat dan pori, disamping menggunakan produk yang baik dalam melambatkan proses penuaan seperti krim tabir suria, krim pelembap dan serum, rawatan seperti leser ini amat membantu dalam memberi kulit tampil lebih berseri, anjal walaupun seawal umur hujung 20-an.

 

 

Berbeza dengan rawatan laser kulit CO2, Sylfirm memberi tumpuan pada urat dibawah kulit tidak normal yang menyebabkan penghasilan rosacea dan melasma, begitu juga dalam merawat kedutan halus, parut dan pigmentasi pada wajah. Rawatan yang kini menjadi pilihan ramai mengambil masa 90 minit untuk satu sesi pada harga RM1500.

 

Untuk pergi lebih lanjut saya menemubual Dr. Jason Yip  tentang rawatan istimewa ini dan masalah kulit yang dibelengu ramai.

 

Apa yang menjadikan Sylfirm Laser Treatment berbeza dan istimewa berbanding rawatan laser lain?

Ia lebih unik berbanding rawatan laser lain yang ada di pasaran hari ini. Sylfirm ini adalah rawatan yang menggunakan ultra short pulses dimana ia merawat urat dibawah kulit dengan gelombang radiofrequency. Seterusnya ia akan menyekat pemindahan melanin dari bahagian dalam ke permukaan kulit. Selain itu ia merangsang pembentukan kolagen dan seterusnya memberi hasil kulit yang lebih lembut, cerah dan berseri.

 

Kebanyakan rawatan laser yang ada hari ini tampil khusus sama ada untuk merawat pigmentasi, tekstur kulit atau saluran darah bawah kulit yang tidak normal sahaja, tetapi tidak dengan Sylfirm, ia merawat kesemuanya dalam satu masa.

 

Berapa banyak kali rawatan laser Sylfirm yang perlu dilakukan dalam mendapatkan kulit idaman?

Selalunya pesakit dapat melihat hasil wajah bertambah baik selepas  rawatan pertama. Tetapi untuk rawatan yang lebih berkesan dinasihatkan untuk membuat tiga ke empat sesi rawatan.

 

Apakah do’s & don’t selepas mendapat rawatan laser ini?

Aplikasikan pelembaplebih dari biasa dan campurkan bersama Astute Clinic’s Lucent C (Vitamin C) bagi merangsang kolagen  pada kulit wajah. Jangan biarkan kulit terdedah pada matahari, elakkan menggunakan produk dengan bahan microdermabrasion, toner yang beralkahol  dan solekan 24jam selepas rawatan.

 

Apakah nasihat yang terbaik dalam mendapatkan kulit yang berseri dan anjal seperti remaja?

Dapatkan rehat yang secukupnya. Hidrasi diri anda dengan air mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan melangkah keluar tanpa sapuan krim tabir suria dan tetapkan falsafah dalam diri anda bahawa ‘less is more’. Jika kulit anda sudah berada di dalam kondisi yang baik anda boleh mengekalkannya hanya dengan produk penjagaan asas sahaja

The post Sinar Wajah Baharu appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment