Semalam pasukan bola sepak Malaysia telah mengalahkan pasukan Myanmar dengan jaringan 3-0 dalam aksi kumpulan A Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Selain persembahan meyakinkan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain bola sepak tempatan, para penonton ‘dikejutkan’ dengan satu visual di skrin stadium apabila satu individu ingin membuat lamaran terhadap kekasihnya. Bukan main sweet lagi!
Siapa Shinna?
Penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil mula berasa ‘pelik’ apabila terpampang satu nota di skrin besar stadium ‘Jom kahwin saya Shinna?’ ketika tamat separuh masa pertama perlawanan antara Malaysia dan Myanmar. Foto itu juga turut dikongsi di laman sosial media.
Penonton kongsi rasa gembira
Selain daripada kemenangan bergaya 3-0, ada lagi satu kejutan dalam stadium. He asked , and Shinna said YES!!! Congratulations bro ????? @harimaumalaya7 @mysemuanyabola @TeamMsia #PialaSuzuki2018 #AFFSuzuki2018 pic.twitter.com/sz5MVfQFrK
— E q a y a z i d (@AtqhYzd) November 24, 2018
Dalam keadaan penyokong Malaysia sedang gembira dengan keputusan perlawanan setakat ini, ada juga yang mengambil kesempatan meluahkan hajat ingin berumah tangga menggunakan skrin besar di stadium. pic.twitter.com/CtPwLz2ABc
— FOX Sports Malaysia (@FOXSportsMY) November 24, 2018
Sumber: Twitter
0 comments :
Post a Comment