Resipi Kek Keju Jepun

Anda gemarkan kek keju Jepun yang lembut dan enak? Cuba buat sendiri resipi kek keju Jepun ini.

resipi kek keju Jepun

Gambar: Shutterstock

Bahan:

  • Semburan memasak (nonstick cooking spray)
  • 10 auns krim keju, potong dalam bentuk kiub
  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • 4 sudu makan mentega tanpa santan (unsalted butter)
  • 1/2 sudu makan ekstrak vanila tulen
  • 7 telur besar, pisahkan kuning telur dan telur putih
  • 1/2 jus lemon
  • 2/3 cawan tepung serba guna
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 sudu teh krim tartar
  • Garam kosher
  • 1 cawan gula pasir
  • Serbuk gula untuk menghias

Cara Menyediakannya: 

1. Panaskan ketuhar hingga 300 darjah celcius. Semburkan acuan kek bulat bersaiz sembilan incin dengan semburan memasak dan lapikkan bahagian bawah acuan dengan kertas minyak. Letakkan kertas minyak setengah inci lebar di sekeliling bahagian dalam kuali supaya ia muncul satu inci lebih tinggi daripada bahagian tepi acuan. Ketepikan.

2. Panaskan krim keju, susu dan mentega dalam periuk kecil di atas api sederhana. Kacau sekali-sekala sehingga ia menjadi lembut. Tuang di dalam mangkuk dan biarkan campuran sejuk sedikit selama lima minit.

3. Pukul bersama vanila, kuning telur dan jus lemon dalam mangkuk besar sehingga halus. Tuangkan campuran susu sejuk ke dalam campuran kuning telur dan pukul sehingga ia menjadi lembut dan sebati. Pukul tepung dan tepung jagung sehingga sebati. Ketepikan.

4. Pukul putih telur, krim tartar dan setengah sudu teh garam dalam mangkuk besar menggunakan pengadun elektrik pada kelajuan sederhana sehingga ia membentuk puncak yang lembut. Pukul selama kira-kira dua minit. Perlahan tambahkan gula pasri dan terus pukul pada kelajuan sederhana selama dua minit.

5. Perlahan gaulkan campuran putih telur ke dalam campuran kuning telur dalam tiga kelompok. Pastikan adunan tidak terlalu bercampur (anda mahukan adunan putih telur kekal gebu) Sebaik sahaja garisan putih hilang dari adunan, tuangkan ke dalam acuan yang disediakan.

6. Letakkan acuan kek bulat ke dalam periuk yang lebih besar dan tuangkan air panas yang mencukupi ke dalam periuk tersebut. Bakar selama 30 minit, kemudian kurangkan suhu ketuhar kepada 25o darjah celcius dan terus membakar sehingga saiz kek meningkat dua kali ganda daripada biasa, bertukar warna coklat keemasan pada bahagian atas dan tepi kek. Pastikan ia juga lembut dan mudah bergoyang. Bakar kek selama kira-kira satu jam 15 minit.

7. Biarkan kek sejuk selama 10 minit. Hati-hati ketika membalikkan kek menggunakan tangan anda sebelum dipindahkan ke atas pingan kek agar bahagian atas kek menghadap ke atas. Taburkan bahagian atas kek dengan serbuk gula dan hidangkannya ketika ia masih hangat.

Sumber Resipi: Asian Food Network

The post Resipi Kek Keju Jepun appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment