Ranveer Singh Dedah Dirinya Tahu Yang Deepika Padukone Bakal Menjadi Ibu Kepada Anak-anaknya Kelak

Enam bulan menjalin hubungan istimewa, Ranveer Singh yakin yang Deepika Padukone bakal menjadi ibu kepada zuriatnya kelak.

 

Gambar : Instagram Deepika Padukone

 

Ranveer Singh dan isterinya, Deepika Padukone selamat mengadakan resepsi perkahwinan kedua di Mumbai pada Rabu lepas. Menerusi sebuah interviu, aktor Bajirao Mastani ini mengatakan yang dia sudah lama bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. Dia akui hanya menanti waktu Deepika mengatakan ya. “Saya sudah lama memikirkan tentang perkahwinan lebih kurang sejak tiga tahun lalu. Saya tetap menanti, dan saya pernah mengatakan kepadanya pabila tiba waktu dia mengatakan ya, kami akan mengadakannya,” kata Ranveer.

 

Ranveer turut menyatakan yang mana perkahwinan di Lake Como adalah apa yang Deepika mahukan dan ia sebagai satu tanggungjawab kepada Ranveer untuk merealisasikan impian isterinya itu untuk menjadi kenyataan.

 

 

“Apa sahaja visinya dalam perkahwinan ini, saya mahu dia kecapi. Apa sahaja yang dia mahukan, ia mesti diselesaikan dengan sempurna. Dia layak untuk mendapat kesemuanya,” tambah Ranveer yang mana akui kebahagiaannya hadir dari isterinya.

 

Ranveer yang kini boleh dikatakan ‘husband of the year‘ ini mendedahkan yang mana dia yakin dengan sepenuhnya bahawa Deepika adalah jodohnya tatkala baru enam bulan berhubungan. Pasangan ini telah bersama selama enam tahun sebelum berkahwin pada 14 dan 15 November lalu.

 

 

“Saya amat yakin dan pasti bahawa inilah wanita yang saya ingin kahwini. Inilah dia wanita yang akan menjadi ibu kepada anak-anak kami,” katanya.

 

Sementara itu, bintang tambahan filem Bajirao Mastani iaitu Priyanka Chopra kini telah terbang ke Jodhpur untuk membuat persiapan perkahwinannya dengan Nick Jonas pada 2 Disember nanti.

 

 

 

The post Ranveer Singh Dedah Dirinya Tahu Yang Deepika Padukone Bakal Menjadi Ibu Kepada Anak-anaknya Kelak appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment