Persediaan Diri Isteri Apabila Suami Mahu Berpoligami

Hidup bermadu bukan perkara yang mudah. Tidak ada wanita di dunia ini yang  mahu berkongsi suami sama ada menjadi yang pertama atau kedua, ketiga dan keempat juga. Realitinya, berpoligami adalah ketentuan syariat dengan hukum harus, bukan sunat.

Menjadi sunnah kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW tapi poligami bukan sunnah utama dalam perkahwinan lantaran banyak sunnah lain yang lebih perlu dilaksanakan dengan sempurna antaranya melayan isteri dengan baik.

Gambar : Ingimage

Sekiranya suami melayan isteri dengan baik sejak awal, melaksanakan setiap tanggungjawab yang ditentukan oleh syariat, isteri selalunya akan cuba untuk berlapang dada dan menerima hasrat suami untuk berpoligami. Jika berlaku sebaliknya, maka punah jadinya. Ini bermaksud, bukan isteri yang perlu bersedia untuk berpoligami tetapi lebih kepada persediaan si suami. Namun dalam kebanyakan kes memang memaksa isteri bersedia.

PERSEDIAAN DIRI ISTERI

Paling penting adalah peringatan kepada diri iaitu apa yang anda suka tidak semestinya baik untuk anda dan apa yang tidak suka, tidak semestinya tidak baik untuk anda. Tenangkan diri untuk bertindak agar hak untuk bahagia tidak dipinggirkan oleh diri sendiri, bukan suami atau orang ketiga. Berikut antara persediaan yang boleh dilakukan jika suami bertindak menyuarakan hasrat berkahwin lagi.

  • Bertenang – mengamuk, marah atau menangis tidak akan mengubah pendiriannya sebaliknya mengamuk akan jadi perkara bonus kepada suami untuk terus mencari isteri baru.
  • Jika suami seorang yang bertanggungjawab sebelum ini tidak kira dalam nafkah dan layanan, si isteri boleh membuat satu perjanjian persetujuan bersama bagi menentukan hak anda dan anak-anak selepas dia berkahwin.
  • Jika suami seorang yang culas dalam tanggungjawab nafkah biarkan dia mengambil alih semula tugasan membiayai segala keperluan rumah tangga. Si isteri tidak perlu menolong. Jika anda masih membantu si suami itu tidak layak untuk berpoligami.
  • Kalau suami culas dalam layanan, minta layanan yang sewajarnya. Pertikaikan mengenai perkara berkenaan dan bertanya bagaimana anda boleh percaya dia akan adil sekiranya sebelum berpoligami pun, hak anda dan anak telah dipinggirkan.
  • Boleh terus melayan suami dengan baik dengan menjaga makan dan minumnya (dengan syarat suami memberi belanja), tambah lagi kemesraan dan kemanjaan anda kepada suami. Biarpun sakit hati tetapi anda harus ingat, dia masih suami anda dan yang di sana masih belum jadi isterinya.
  • Minta suami mohon kelulusan untuk berpoligami daripada mahkamah syariah, si isteri masih boleh bentangkan pembelaan.
  • Berdoa mohon Allah berikan jalan yang terbaik. Jika hasrat suami berpoligami adalah yang terbaik, mohon kepada Allah untuk berikan keredhaan buat anda dan jika sebaliknya, mohon Allah untuk menutup pintu hati si suami daripada mencintai mana-mana perempuan dan jauhkan mereka daripada mendekati suami anda. Selagi mereka belum berkahwin, anda boleh usahakan segalanya asalkan tidak melanggar syariat.

The post Persediaan Diri Isteri Apabila Suami Mahu Berpoligami appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment