Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan bermula tahun hadapan. Larangan ini termasuklah di tempat awam, bangunan kerajaan dan warung di tepi jalan.
Namun, tiga persatuan mewakili pengusaha restoran membuat demonstrasi aman di depan bangunan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) tanda tidak bersetuju dengan larangan tersebut.
Tak setuju larangan merokok di premis makanan
Presiden MSCSPGA, Ho Su Mong, berpendapat Kementerian Kesihatan sepatutnya meminta pandangan mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Tambahnya, keputusan yang dibuat kerajaan itu seperti melucutkan hak mereka selaku pemilik perniagaan.
Kedai makan kami bukan milik majlis perbandaran mahupun kerajaan.
Kami membina perniagaan dengan penat lelah. Oleh itu bukankah pandangan kami lebih penting daripada pihak-pihak tidak berkenaan.
Perokok juga manusia, bukan sampah sarap.
Kami tidak meminta pelanggan untuk merokok. Sebaliknya, kami hanya inginkan hak untuk menyediakan khidmat bagi kedua-dua jenis pelanggan iaitu yang merokok dan tidak merokok.
Menurutnya lagi, mereka bukanlah menggalakkan perbuatan merokok tetapi hanya mahu semua pihak mendapat hak masing-masing.
Presiden Primas, T Mutusamy berharap kerajaan dapat mengkaji semula arahan larangan tersebut dan mengambil kira aspek perniagaan yang bakal terjejas.
Tambahnya, di negara luar kerajaan menyediakan tempat khusus bagi perokok tanpa diskriminasi selain turut membenarkan perokok merokok di kedai-kedai makan terbuka.
Pihaknya walaubagaimanapun sudah menghantar surat dan mahu mengadakan pertemuan untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu ini.
Sumber : Malaysia Kini
0 comments :
Post a Comment