Kes kecurian kereta atau motosikal kerap kali kita dengar di laman sosial atau dada-dada akhbar. Kebiasaannya, potensi untuk menemukan semua harta yang dicuri sangat kecil atau hampir tiada langsung kerana kelicikan penjenayah meleraikan komponen dan dijual di pasaran gelap.
Satu insiden kecurian yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter mencuit hati namun cukup untuk membuatkan pemilik kereta bersyukur.
Kereta dicuri di stesen minyak
Menurut laporan polis dibuat, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam semalam di sebuah stesen minyak di Taman Megah Ria, Masai, Johor. Pemilik kereta dikatakan sedang membuat bayaran di kaunter sebelum kereta Myvinya itu dilarikan seorang lelaki.
Mangsa kemudiannya cuba mengejar pencuri dengan bantuan orang awam di stesen berkenaan. Bagaimanapun, penjenayah berjaya melarikan diri.
Jumpa di kawasan berhampiran
Myvi itu kemudiannya ditemukan semula di kawasan berhampiran kerana kehabisan minyak. Kereta itu dipercayai ditemukan semula dalam masa 5 jam setelah kehilangannya, berdasarkan mesej di sebuah group Whatsapp.
Malahan, kereta itu turut cuba ditanggalkan tayarnya untuk dicuri, walaubagaimanapun, nat dikunci membantutkan cubaan itu.
Sumber: Kertasgraf
0 comments :
Post a Comment