Pelarian Syria Viral 7 Bulan ‘Tinggal’ Di KLIA2 Dapat Perlindungan Di Kanada

Oktober lalu, pelarian Syria, Hassan al Kontar viral di laman sosial kerana ‘tinggal’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak Mac lalu akhirnya ditangkap pihak berkuasa. Kisah Hassan mendapat perhatian meluas kerana ditampilkan dalam video blogger terkemuka, Nas Daily.

Terbaru, Hassan memuatnaik update terbaru mengenai dirinya menerusi Twitter.

Akhirnya sampai ke destinasi akhir

Dalam video di Twitternya itu, Hassan mengatakan dia akan sampai ke negara ditujuinya, Kanada, keesokan harinya. Dia berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu merealisasikan impiannya itu.

Esok  saya akan sampai ke destinasi akhir, Vancouver, Kanada. Saya takkan mampu melakukannya tanpa pertolongan keluarga, rakan-rakan di Kanada selain keluarga dan peguam saya. Terima kasih. Saya sayang semua.

Hassan menghabiskan dua bulan terakhir dalam pusat tahanan Malaysia sebelum berlepas ke negara dihajatkannya, Vancouver, Kanada petang semalam.

Dua pertubuhan, Persatuan Islam British Columbia dan Canada Caring Society, menaja dia ke Kanada sebagai pelarian.

Sebelum ini, lelaki Syria berumur 36 tahun itu mendakwa telah tinggal di klia2 sejak 7 Mac lalu selama 7 bulan kerana bimbang akan ditangkap jika pulang ke Syria. Untuk berkongsi mengenai situasi dihadapinya, Hassan menghantar blog video kehidupan hariannya di Twitter dan Facebook sehingga ia menarik perhatian kumpulan hak asasi serta media antarabangsa.

Sumber: Berita Harian, The Guardian, Hassan al Kontar

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment