Panorama Kota Kuala Lumpur Dari Jendela IBIS KLCC

Teks : Razin Mohd

 

Penginapan hujung minggu anda bakal disajikan dengan pemandangan pencakar langit dalam suasana yang cukup nyaman dan selesa bersama harga yang tiada tandingan!

 

 

 

Jika dilihat dari jauh ia kelihatan seperti sejongkong emas yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur. Bertempat di jalan Yap Kwan Seng dan dikelilingi jenama hotel mewah dan gedung beli belah terkemuka, ibis KLCC bakal jadi destinasi terbaik buat pengginapan hujung minggu bersama teman, pasangan atau keluarga!

 

Hanya mengambil masa kurang dari sepuluh minit perjalanan kaki dari KLCC, ibis Jenama hotel kelas pertengahan dibawah naungan AccorHotels membuka pintu penginapanya dengan sambutan yang mesra. Melangkah masuk di lobby hotel anda akan disambut dengan hiasan bongkah kayu dan batu marmar unik beserta penyambut tetamu yang sentiasa ada membantu bila keperluan.

 

 

HOTEL UNTUK SEMUA

Menjadi Hotel ibis terbesar buat asia tengara, hotel bertaraf empat bintang ini memiliki 684 bilik yang direka khas buat keselesaan tetamu dalam dekorasi moden. Kesemua bilik dilengkapi dengan katil istimewa “Sweet Bed”, yang mana ia merupakan antara katil yang paling selesa anda bakal rasai, termasuk selimut dan bantal yang lembut, TV skrin rata LCD 43-inci, pengering rambut & seterika, bilik air yang besar, meja modular dan Wi-Fi berkelajuan tinggi.

 

Memberi kemudahan untuk anda asyik bersama telefon pintar dan juga komputer tiba, Setiap bilik disini juga dilengkapi dengan soket/USB port dan tidak juga dilupa tingkap kalis bunyi yang memberi penginapan anda selangkah lebih selesa dari hotel-hotel lain. Kalau meginap disini tidak sah jika tidak mencuba kolam renang infinity yang berlatarkan pemandangan bandar kuala lumpur terutamanya bila tiba waktu malam!

 

 

SAJIAN NOSTALGIA KAMPUNG

Mengambil inspirasi dari tiga budaya majority Malaysia, Melayu, India dan Cina, Kampung Kitchen menyajikan masakan enak yang pastinya memberi nostalgia ala masakan di kampung. Ibis mula menyajikan bufet sarapan pagi pada pukul 6:30 pagi hingga 10.30 pagi, manakala makan tengah hari dan makan malam a la carte bermula dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam . Jika mahu mencuba sajian minum petang pula, anda boleh cuba pastry dan kopi di Petite Paris yang bertempat di lobby hotel. Istimewa promosi yang sedang berjalan kini, ibis KLCC mahu anda cuba sajian bufet makan tengah hari pada harga RM29.90nett buat seorang pada hari isnin hingga jumaat!

The post Panorama Kota Kuala Lumpur Dari Jendela IBIS KLCC appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment