‘Ni Cinema Bukan Konsert’ – Menari Depan Panggung Wayang, Peminat K-Pop Dikecam

Filem BTS, ‘Burn The Stage: The Movie’ telah membuatkan peminat K-Pop di Malaysia tidak keruan. Mula dijual pada 22 Oktober lalu, laman sesawang Golden Screen Cinemas (GSC) ‘down’ apabila peminat kumpulan ini berduyun-duyun membeli secara online.

Malah, semasa tayangan beberapa hari yang lepas mereka telah menari secara beramai-ramai di hadapan panggung. Di Twitter, ada sesetengah individu tidak senang melihat keadaan tersebut.

Ini cinema, bukan konsert

Individu ini berpendapat tindakan sebegitu tidak sewajarnya dilakukan di tempat awam. Menurutnya lagi, ia akan mengganggu ketenteraman orang ramai yang datang ke panggung untuk melepaskan tekanan.

Walaubagaimanapun, flashmob tersebut didakwa dilakukan atas keizinan staf panggung wayang itu sendiri. Meskipun begitu, individu ini secara peribadi tetap merasakan ia keterlaluan dan mengganggu ketenteraman.

Pendapat netizen

Sumber : mapletaehyung

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment