‘Mereka Buat Saya Macam Tak Wujud. Usahkan Tegur, Salam Pun Tidak’

Keputusan Izzue Islam mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen bukan sahaja mengejutkan peminat malah anggota kumpulan yang lain. Pengumuman itu dibuatnya sendiri di malam akhir konsert Gegar Vaganza 5.

Menerusi Berita Harian, Izzue Islam mendakwa dia sudah berkali-kali dipulaukan anggota kumpulan yang lain.

Ini bukan kali pertama

Izzue Islam sebelum ini ada memberitahu keputusan itu dibuat kerana tiada lagi persefahaman. Dakwanya lagi, selepas keputusan itu diambil tiada seorang pun anggota Forteen menghubungi dan memaklumkan mengenai penganjuran sidang media hari ini. Dia juga memberitahu sudah berkali-kali dipulaukan.

Ini bukan kali pertama mereka tidak bertegur sapa dengan saya. Kejadian pertama pada 2014 tapi tidaklah sampai saya ambil keputusan berundur. Namun, kali ini, saya sudah fikir masak-masak.

Tempoh hari, ketika berada di final musim kelima Gegar Vaganza (GV5), mereka buat saya macam tak wujud. Usahkan tegur, bersalam pun tidak sedangkan dengan orang lain boleh pula mereka bercakap seperti biasa.

Saya faham, adalah normal dalam sesebuah kumpulan berselisih pendapat, cuma andai tiada lagi persefahaman hingga tidak bercakap, lebih baik saya berundur. Kalau tak (buat) sekarang, esok lusa kalau jadi (dipulaukan) lagi, saya tetap keluar.

Tak tahu menahu mengenai sidang media

Mengenai sidang media Forteen di Shah Alam hari ini, Izzue memberitahu dia langsung tidak tahu dan tidak dimaklumkan.

Saya tak tahu pun. Tiada sesiapa yang hubungi atau memaklumkan saya berkenaan majlis itu. Jadi, saya tak tahu sama ada berkaitan single baharu atau perkara lain.

Memang Forteen ada lagu baharu yang sudah disiapkan dua bulan lalu. Namun, pelancarannya ditangguhkan selepas kami menyertai GV5. Jika diikutkan, single itu mahu dilancarkan selepas GV5.

Kalau saya sudah keluar (kumpulan) pun, saya sedia bagi kerjasama untuk promosi lagu itu. Saya tiada masalah… Apa pun kita tunggu saja sebarang pengumuman lanjut.

Sumber : Berita Harian

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment