Pejam celik pejam celik kejap je dah sampai hujung tahun 2018 kan? Berapa negara dah korang jelajah setakat ni? Kalau jawapan korang ‘tiada’, cepat-cepatlah apply cuti untuk tenangkan fikiran… Asyik sibuk kerja je!
Alang-alang korang belum decide nak ke mana, apa kata admin suggest korang pergi ke Universal Studios Japan! Dibuka sekitar tahun 2001, sehingga kini taman tema itu menerima kunjungan pelancong kira-kira 14 juta orang setiap tahun. Uish, ada apa kat sana tu?
Ada banyak tarikan baru yang istimewa menghampiri hujung tahun ini
Sebenarnya ada banyak tarikan baru yang diperkenalkan Universal Studios Japan menjelang hujung tahun ni, tapi admin nak share 2 antara yang paling best. Yang pertama, The Wizarding World of Harry Potter. Siapa peminat Harry Potter sejak kecil memang patut datang sini!
Kat The Wizarding World of Harry Potter, ada banyak ruang menggambarkan karakter Harry Potter seperti kisah Harry Potter sebenar. Malah, korang boleh enjoy tengok persembahan bertema seperti filem Hollywood yang sesuai untuk semua peringkat umur. Bestnya!
Satu lagi tarikan yang korang patut explore, Minion Park yang mengumpulkan karakter Minion comel-comel dan merupakan kawasan Minion terbesar setakat ini!
Jom naik Despicable Me Minion Mayhem dan korang mesti tak akan berhenti ketawa dengan gelagat diorang sambil menyelusuri kolam Freeze Ray Sliders yang ditukar menjadi gelanggang ais. Selain itu, tengok persembahan di Special Show Event pun best jugak!
Jom ke Universal Studios Japan, beli tiket kat Lazada lagi senang. Ada promosi lagi!
Excited nak pergi Universal Studios Japan tapi pening fikir kat mana nak beli tiket? Haa, sebenarnya kat Lazada ada jual tau! Korang tak payah kelam-kabut pergi cari kaunter tiket, beli dari smartphone korang je lepas ni! Harga kat Lazada bermula dari:-
Tiket masuk 1 hari (Dewasa) – RM290
Tiket masuk 1 hari (Kanak-kanak) – RM195
Diorang pun ada jual baucar beli belah di Universal Studios Japan bernilai 1,000 JPY – RM36.80
Klik SINI untuk terus ke laman web Lazada bagi urusan pembelian tiket ya!
Lagi satu min nak share, kalau korang beli tiket Universal Studios Japan dari Lazada, korang berpeluang dapat baucar beli-belah Universal Studios Japan bernilai 1,000 JPY secara PERCUMA tau! Diorang belanja korang cenderahati sebelum balik, wow!
Tak cukup dengan tu, Lazada akan buat 11.11 Sale pada 11 November nanti. Jadi, harga tiket akan dijual lebih murah iaitu RM284.20 untuk dewasa dan RM191.10 untuk kanak-kanak. Jadi, nantikan bila sale tu akan start okay!
Rancang perjalanan korang dengan kawan-kawan ke Jepun lebih mudah dengan KKday
Dah beli tiket masuk ke Universal Studios Japan, dah dapat baucar beli-belah kat sana secara PERCUMA, sekarang korang dah 40% ready untuk bercuti. Tapi, macam mana dengan perjalanan, apa aktiviti nak buat kat sana, siapa nak rancang? Haa, tempah dengan KKday pun okay jugak!
Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, KKday merupakan platform pelancongan yang sudah mempunyai lebih 10 cawangan di seluruh dunia. Setakat ini, KKday sudah berjaya membantu lebih 1 juta pelancong merealisasikan impian mereka…
Apa lagi, tempah trip ke Jepun untuk melawat Universal Studios Japan dengan KKday jom? Klik SINI untuk tengok apa antara tawaran ke Jepun yang KKday ada okay! Selamat bercuti!
0 comments :
Post a Comment