Kuku Sihat Dan Kuat! – 4 Benda Basic Tentang Penjagaan Kuku Yang Korang Kena Tahu!

Bila cakap pasal kecantikan, dalam fikiran korang mesti ingat pasal muka, rambut dan kulit kan? Tapi korang jangan tak tahu, yang penjagaan kuku juga penting tau. Kuku juga mencerminkan keperibadian dan kesihatan diri.

Certain perempuan Muslim rasa diorang tak banyak choice selain potong kuku. Nak pakai nail polish pun tak boleh. Kalau korang rasa potong kuku je dah cukup, korang silap sebenarnya. Selain dari pergi salon kuku, penjagaan di rumah juga memainkan peranan untuk dapatkan kuku yang cantik dan sihat.

Nak tahu caranya? Haa..baca selanjutnya!

1. Stop! Jangan gigit kuku

Menggigit kuku ni dah jadi habit buruk yang susah nak dibendung untuk certain orang. Kalau korang salah sorang penggigit kuku, pleaseee stop habit ni okay. Selain dari terdedah dengan bakteria dan kuman, kuku jadi mudah rapuh dan senang terkena jangkitan kulit.

2. Moisturize kuku

Kredit: Style Gods

Sama macam kulit, kuku pun perlukan kelembapan yang cukup setiap hari. Selepas mencuci kuku dengan air suam, sabun dan berus khas, apa yang korang perlu buat adalah moisturize kuku. Tujuannya untuk make sure kuku dan kulit sekelilingnya sihat.

Kalau korang taknak beli moisturizer kuku tu, korang boleh je gantikan dengan losyen biasa, gel aloe vera ataupun minyak castor. Sebaiknya lakukan setiap kali sebelum korang tidur. Janji kena rajin moisturize, barulah kuku cantik dan bersinar!

3. Manicure sebulan sekali

Kredit Time Out

Mesti korang fikir manicure tu perlu pakai nail polish segala kan? Tak lah, bukan tu je. Cuba cari masa dalam sebulan tu untuk korang manjakan diri kat salon kuku dan buat appointment dengan pakar kuku. Membersihkan kutikel dan kemaskan sisi kuku pun dah memadai.

Kredit: Gfycat

Sesetengah pakar akan suggest untuk tolak kutikel ke belakang tapi selebihnya mengatakan habit ni akan meninggikan risiko untuk mendapat jangkitan dan sebaiknya dielakkan. Kalau korang ada beli alat-alat manicure, jangan lupa untuk sentiasa bersihkan alat-alat tu lepas guna okay! Hygiene tu penting tau.

4. Amalkan pemakanan yang sihat

Apa yang korang makan pun perlu dititikberatkan okay. Korang kena makan makanan yang mengandungi vitamin B, contohnya kuning telur, kekacang, tempe dan pisang. Untuk mengelakkan kuku terbelah, korang perlu juga ambil makanan yang mengandungi biotin seperti hati, salmon, avokado dan juga sweet potato.

Hasilnya badan yang sihat sekaligus kuku yang berkilau!

Kredit: Giphy

Apa yang min sampaikan ni korang jangan ambil mudah ye. Bukan kuku tangan je yang korang kena jaga, kuku kaki pun sama. Tak nak lah nanti orang tengok korang ni pengotor kalau kuku tak jaga. Euww!

Memang senang untuk kita abaikan penjagaan kuku tapi kalau korang rajin amalkan perkara yang basic seperti di atas. Confirm kuku korang sentiasa sihat dan kuat. Jangan lupa amalkan :)

 

Sumber: Everyday HealthAllureStyle Gods

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment