Penjagaan rambut dah jadi rutin harian kita betul tak? Segelintir daripada korang mesti cuci rambut setiap hari dengan harapan nak hilangkan masalah rambut dan kulit kepala seperti gatal-gatal, kelemumur dan rambut kering. Tapi kan, korang rasa rambut korang sihat ke kalau cuci hari-hari?
Percaya atau tak, menurut pakar rambut, rutin harian korang tu sebenarnya bukan memulihkan tapi menambah lagi kerosakan pada rambut! Syampu yang korang pakai tu bukan je buat rambut kering, malah ia menghilangkan natural conditioner kat kepala.
Tu baru satu, nak tahu apa sebab-sebab lain kenapa korang tak perlu cuci rambut setiap hari? Jom baca selanjutnya!
1. Alamak! Rambut bercabang lah
Korang mesti pernah alami masalah rambut bercabang kan? Elok-elok tengah sikat rambut, nampak pulak hujung-hujung rambut tu bercabang. Dah spoil mood!Korang tahu tak syampu yang korang guna hari-hari tu dah remove minyak semula jadi dari rambut, tambah pulak dengan cucian harian. Hmm..rosaklah mahkota korang tu.
Certain orang pulak suka mandi dengan air panas. Tu salah satu sebab kulit kepala korang jadi kering dan mengelupas. Sebab tu kepala korang ada kelemumur! End up rambut korang akan jadi rapuh dan berkemungkinan bercabang. Nightmare!
2. Eee..kusutnya rambut awak!
Mencuci rambut mungkin nampak macam the only solution untuk rambut berminyak dan tak bermaya. Tapi kenyataannya syampu membuatkan rambut korang lebih berminyak! Korang yang bertudung tu mesti rasa rimas kan kalau kepala rasa gatal dan berminyak.
Bukan tu je, rambut korang akan jadi kering dan hilang sinar sekaligus menjadikan ia lebih frizzy. Sebabnya bahan-bahan dalam syampu tu mengurangkan natural oil dalam rambut. Mesti korang tak nak kan rambut korang kusut masai macam Hantu Kak Limah. Tak pasal-pasal crush korang lari nanti.
3. Jimat sikit duit..
Sesetengah orang sanggup berbelanjakan duit kat produk-produk yang mahal sebab nak cantik. Sama macam barangan makeup, produk rambut pun confirm nak yang terbaik. Harga produk rambut sekarang pun boleh tahan mahal jugak. Jadi bila korang cuci rambut setiap hari, maknanya korang akan gunakan produknya sekali semasa mandi.
Hasilnya produk rambut akan cepat habis secepat rambut korang rosak sebab produk tu. Dah habis mesti nak beli lagi kan? Haa.. so kalau nak jimat elakkan mencuci rambut setiap hari. Takde lah nanti rambut korang asyik rosak pastu dalam masa yang sama korang broke!
4. Warna pudar
Bagi korang yang mewarnakan rambut, cucian setiap hari akan menyebabkan warna rambut korang cepat pudar. Syampu dan bilasan rambut tu melunturkan warna yang bermulanya gelap.
Sayang je korang bayar mahal-mahal kat salon tapi korang tak jaga lepas tu warna rambut cepat luntur.
5. Heat styling = rambut rosak
Bila dah cuci mesti nak keringkan rambut kan. Lagi-lagi kalau korang bertudung lepas tu dah lambat nak pergi kerja. Dah kelam kabut, benda yang senang korang capai je hair dryer.
Direct heat datang dari hair dryer atau hair styler seperti straightener dan curler tu sebenarnya tak bagus untuk rambut. Bayangkan kalau dah hari-hari macam ni, rosak lah rambut korang yang precious tu.
So berapa kali nak cuci ni?
Korang cuma perlu cuci selang sehari atau sekali untuk dua ke tiga hari je. Dalam masa yang sama rambut korang boleh produce balik minyak semula jadi. Kalau korang rasa rambut dan start berminyak dan kepala gatal-gatal, then korang kena lah cuci dan syampu okayss!
Min harap korang ambil berat ye pasal penjagaan rambut ni, termasuk korang yang bertudung tu. Yelah, siapa je tak nak rambut yang bersinar dan cantik ;)
Sumber: My Fantasy Hair, Webmd, The List
0 comments :
Post a Comment