Keunikan Rasa Kacang Dalam Aiskrim

Häagen-Dazs telah melancarkan perisa aiskrim terbaru mereka yang menggabungkan kepingan kacang berkaramel dari Argentina dan mentega kacang lazat dari North Carolina, Amerika Syarikat. Aiskrim Peanut Butter Crunch boleh anda dapatkan bermula sekarang hingga Disember ini.

Jenama aiskrim hebat ini menggabungkan hanya bahan terbaik dari lokasi terbaik dunia bagi menghasilkan rekaan pemanis mulut memikat. Untuk meraikan perisa terbaru Häagen-Dazs ini, mereka menjemput Chef Janice Wong dari Singapura untuk menyediakan hidangan pemanis mulut istimewa yang boleh didapatkan secara eksklusif di Häagen-Dazs Sunway Velocity sehingga 16 November.

Terdapat dua hidangan yang boleh anda cuba iaitu Cloud Nine dan S’mores & Fudge. Cloud Nine terhasil dengan gabungan mentega kacang dan jeli. Ia direka dengan sentuhan penuh kreatif menggunakan biskut, krim karamel dan Häagen-Dazs Peanut Butter Crunch. Pemanis mulut ini ditawarkan dengan harga RM32.90.

S’mores & Fudge pula adalah minuman milkshake enak menggiurkan dengan lapisan warna menonjol. Ia menggabungkan Häagen-Dazs Peanut Butter Crunch, cookies, marshmallow dan coklat. Minuman istimewa ini membuahkan pelbagai rasa memikat. Ia ditawarkan dengan harga RM19.90.

Aiskrim Häagen-Dazs Peanut Butter Crunch boleh anda dapatkan di seluruh cawangan Häagen-Dazs dengan harga RM30.40 untuk satu pint.

The post Keunikan Rasa Kacang Dalam Aiskrim appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment