Kes Saman Remaja Kepala Kemaluan Terpotong, Kementerian Kesihatan Panggil Kakitangan

Media melaporkan seorang remaja 18 tahun memfailkan saman ke atas pembantu perubatan, doktor dan kerajaan kerana didakwa cuai sehingga kepala kemaluannya terpotong ketika dikhatankan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengambil serius hal itu kerana walaupun hanya kes terpencil supaya tidak meresahkan masyarakat umum.

Kementerian panggil kakitangan terlibat

Untuk itu, Dr Zulkefly memaklumkan pihak kementerian akan memanggil kakitangan yang terlibat dalam tuntutan saman berkenaan bagi tindakan lanjut.

Jika ada apa-apa juga kemalangan dan kesilapan, kita akan susuli untuk menanganinya. Perkara itu (kecuaian pelaksanaan proses berkhatan) jarang berlaku tapi jika berlaku, ia perlu diberi perhatian.

Saya akan panggil kakitangan yang terlibat untuk beritahu apa yang dah berlaku. Namun saya yakin, perkara ini akan dapat ditangani dengan baik.

Glans penis terpotong keseluruhan

Remaja itu melalui ibunya, selaku plaintif memfailkan saman terhadap seorang pembantu perubatan dan lima lagi kerana cuai sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan kekal.

Dalam saman itu, plaintif menamakan pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang (defendan pertama), pegawai perubatan dan pengarah hospital itu (defendan kedua dan ketiga), doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang (defendan keempat dan kelima) serta Kerajaan Malaysia (defendan keenam).

Kejadian itu berlaku ketika plaintif berkhatan 8 tahun lalu. Berdasarkan pernyataan tuntutan plaintif, remaja itu berumur 10 tahun ketika kejadian dan mendakwa defendan pertama tidak mengikut prosedur yang ditetapkan kerana telah memotong keseluruhan kepala kemaluannya atau ‘glans penis’.

Sumber: Bernama Front Desk

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment