Jika anda perasan Bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) semakin lantang memberi pendapat di media sosial. Seperti sebuah foto ini yang dimuatnaik menerusi laman Twitter akaun rasmi Astro Awani. Dengan kapsyen yang sangat bersahaja, “KJ isi borang apa tu?” telah mengundang respon sempoi YB Rembau ini.
Lihat tweet balas KJ sehingga dapat mencetuskan sedikit ‘perbalahan’ dengan netizen di laman Twitter itu.
Isi borang apa tu?
#AWANInews #AWANI745
KJ isi borang apa tu?https://t.co/5YJMMPt6jV pic.twitter.com/7mfKcVKiP6— Astro AWANI (@501Awani) November 10, 2018
Foto ini telah mengundang spekulasi dan dilihat seolah YB Rembau itu sedang ‘mengisi borang’ di hadapan seorang pemimpin parti Bersatu. Difahamkan foto tersebut dirakam ketika YB Khairy Jamaluddin menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran Rembau.
Bagaimanapun, pemimpin parti Bersatu, Mohamad Jani Ismail menafikan KJ mengisi borang parti Bersatu. Jelasnya lagi, KJ hanya menandatangani autograf apabila diminta seorang kanak-kanak.
Yang gambar itu bukan isi borang, tapi Khairy sedang tandatangan autograf. Setakat ini belum ada perbincangan, atau Khairy pun belum mohon nak masuk Bersatu. Tidak, bukan isi borang, cuma Khairy ketika itu sedang tandatangan autograf yang diminta kanak-kanak.
Minta autograph pun nak jadi berita
Mestilah jadi berita sebab dah tak nampak pakai baju UMNO walau dalam program rasmi UMNO. Kan jadi timbul tanya pada masyarakat.
— PEMBANGKANG ? (@Sir_Azri) November 10, 2018
Tahap carrot pun tak sampai
Saya tahu le program kerajaan Malaysia. Sebab itu Saya cakap, YB dah beberapa kali hadir program UMNO tak pakai baju parti. So bila keadaan tu berlaku media lakukan tugas mereka lah dalam melariskan berita. Tak carrot pun takpa, sebab Saya suka petai.
— PEMBANGKANG ? (@Sir_Azri) November 10, 2018
Tu bukan borang
Mcm ni pon borang ke hahaha ? pic.twitter.com/Qz70nKlVGm
— ? (@ImanKeisuke) November 10, 2018
Sumber: KJ, Astro Awani
0 comments :
Post a Comment