Isu rokok menjadi satu topik yang tidak berpenghujung. Dari kenaikan harga sehingga yang terbaru, pengharaman merokok di tempat makan bermula 1 Januari tahun depan, boleh dikatakan majoriti perokok sedar akan risiko kesihatan yang bakal dihadapi.
Seorang doktor berkongsi pengalaman merawat seorang lelaki warga emas yang juga seorang perokok tegar sehingga menyebabkan kesihatannya terjejas.
Ada benjolan kecil keras di dada
Dr Mohd Khairil Mustafa yang bertugas di Klinik Kesihatan Gambang menerima kehadiran seorang lelaki lingkungan usia 60 tahun untuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).
NAK MEROKOK LAGI ??? Pakcik ni umur dalam 60-an. Dalam rawatan klinik untuk penyakit COPD. Penyakit yang ada kaitan dengan tabiat merokok. Pakcik ni dulu perokok tegar.
2 bulan lepas dia datang klinik sebab bawah dada dia ada benjolan kecik yang keras..
Lepas periksa, aku rujuk ke hospital untuk biopsy. Nak ambil sample untuk tengok detail benjolan tu. Lepas 2 3 hari aku dapat call dari hospital maklum yang itu cell adalah cell KANSER.. Alamak!Terus panggil balik pakcik tu dan rujuk pada klinik pakar. Lepas siasatan hospital, rupanya Pakcik tu ada..
LUNG CANCER WITH SKIN METASTASIS. Stage 4.
Tiada sejarah kanser dalam keluarga
Menurut Dr Mohd Khairil lagi, pesakitnya itu tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser. Dia ke klinik bertemu doktor kerana benjolan tersebut mula mengeluarkan cairan.
Fact – Cigarette smoking is linked to about 80% to 90% of lung cancer
Hari ni Pakcik ni datang klinik sebab benjolan tu dah ada discharge. Makin kurus dan cengkung. Macam ni rupanya benjolan tu lepas 2 bulan. Hari tu kecik je. Dalam family dia takde pun yang ada kanser. Pakcik ni cakap..
“Kalau saya tau jadi macam ni memang dari dulu saya BERHENTI MEROKOK”
Nasi dah jadi bubur..
Perkara ni dah jadi dekat Pakcik tu..
Pastikan dia tak jadi pada diri dan keluarga kita..P/s Pakcik ni dah bagi izin aku ambik gambar chest dia. Dah bagitau nak tunjuk dekat orang suruh berhenti merokok.
Moga ALLAH mudahkan urusan Pakcik ni..
Sumber: Mohd Khairil Mustafa
0 comments :
Post a Comment