Jangan Biarkan Makeup Korang Bercapuk Dan Berminyak. Amalkan 5 Tips Ni Tau!

Kredit: Aisya Liyana

Sebahagian daripada kita mesti mempunyai jenis kulit berminyak betul tak? Yang tak best bila kulit berminyak ni membuatkan muka senang tumbuh jerawat. Tetapi memiliki kulit yang berminyak tak bermaksud tak boleh makeup kan.

Awal-awal pakai makeup, rasa muka macam flawless je. Malangnya lepas dah pakai dua ke tiga jam macam tu, mula lah muka bercapuk atau bertompok-tompok. Korang pulak penat asyik nak kena touch up. Okay, jangan mengeluh dah sebab admin nak share dengan korang cara nak bagi makeup tahan lama walaupun dengan kulit muka berminyak.

1. Cuci muka dua kali sehari

Kredit: Oily Skin Hacks

Ada banyak punca kulit berminyak ni sebenarnya, seperti genetik, hormon, pemakanan dan juga kebersihan muka tu sendiri.  Jadi penting untuk korang jaga kulit muka dengan cara mencucinya dua kali sehari iaitu waktu pagi lepas korang bangun tidur dan malam sebelum tidur. Tujuannya untuk membersihkan minyak berlebihan pada kulit.

Korang kena pandai pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit untuk mengelakkan masalah kulit yang sensitif. Elakkan beli pencuci muka yang kandungan asidnya tinggi dan pilih yang teksturnya ringan. Kalau rasa pencuci muka tu tak sesuai, cuba produk yang lain tau!

2. Pakai face primer. Penting ni!

Ramai yang selalu terlepas pandang bab pemakaian primer ni kan? Primer sebenarnya bertindak sebagai ‘secret weapon’ menjadikan makeup korang kekal atau tahan seharian. Ia akan melembapkan kulit, menjadikan muka korang licin, menutup parut dan kedutan serta menyamaratakan tona kulit muka.

Primer ni pun ada juga jenis-jenis dia. Ada yang clear, tinted dan yang berwarna. Untuk yang berwarna ni sama lah macam foundation, korang kena cari tona yang sesuai dengan warna kulit. Selain primer yang dah sedia dijual, korang boleh juga gunakan gel aloe vera atau apa-apa jenis moisturizer.

3. Tak payah toner pun takpe

Kredit: Today.com

Fungsi toner ni adalah untuk mengecilkan liang pori dan menyegarkan muka tetapi tak wajib pun untuk korang pakai. Bagi korang yang kulit berminyak, sebaiknya elakkan memakai toner. Lagi-lagi yang mengandungi alkohol. Sebabnya, ia menyebabkan kulit korang kering dan menghasilkan lebih banyak minyak. Sebagai ganti, korang boleh gunakan face mist.

4. Jangan lupa pakai bedak ye!

Bedak muka ni ada banyak jenis tau seperti bedak compact, translucent, luminous dan juga loose. Haa.. banyak kan? Tak kisah lah korang nak pakai yang mana pun. Cuma pastikan korang pakai tak terlalu tebal sebab korang mesti dah pakai foundation atau BB cream kan.

Pakai pada tempat berminyak dan berkilat seperti di T-zone pun dah memadai. Korang boleh ratakan bedak yang korang tak sengaja pakai tebal tu dengan melembapkan span dan tepek je kat muka.

5. Spare kertas minyak dalam handbag

Ingat tak masa zaman sekolah, setiap kali kawan bawa kertas minyak, mesti korang minta kan? Senang je pakai kertas minyak ni, setiap tiga jam korang tepek-tepek kat kawasan yang berminyak tu. Baru lah muka korang rasa segar dan bebas dari minyak.

Satu tips untuk korang guna kertas minyak ni adalah tekan perlahan-lahan kertas tu kemudian roll untuk mencabutnya.

Admin harap tips-tips yang sudah dikongsikan berguna untuk korang semua. Baru lah makeup korang tahan lama dan tak bercapuk. Selamat mencuba ye!

 

Sumber: RemajaWebMD, Eh.com

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment