Kemelut melanda kumpulan Forteen makin meruncing setelah kedua-dua pihak Izzue Islam dan Forteen saling berbalas kenyataan. Bekas pengurus kumpulan itu, Intan Becky turut membuat kenyataan mengatakan Forteen kerap membuat persembahan bertiga sekaligus menafikan dakwaan dipulaukan seperti dikeluarkan Izzue.
Artikel berkaitan: ‘Adakah Dengan Melutut Baru Dia Akan Maafkan Kami?’ – Forteen
Terbaru, isteri Izzue, Awin Nurin turut mengeluarkan kenyataannya sebagai pihak yang masih menguruskan Forteen sejak bersaing dalam Gegar Vaganza.
Tak masuk campur
Ujar Awin kepada Berita Harian, dia sebagai isteri dan pengurus Izzue bagaimanapun tidak masuk campur dengan apa yang berlaku dengan ahli Forteen. Baginya, pendekatan itu diambil untuk mengelakkan isu kepentingan peribadi.
Ahli Forteen tahu saya enggan campur tangan dalam kemelut yang melanda suami dan mereka. Ini bagi mengelak timbul isu kepentingan peribadi kerana saya isteri Izzue.
Sebenarnya, jika diikutkan, saya menguruskan keperluan Izzue saja ketika Forteen menyertai GV5. Namun, saya okay apabila mereka mahu saya membantu band berkenaan sepanjang lapan minggu bertanding.
Jadi, selepas GV5 berakhir, semua tawaran persembahan diajukan terus kepada saya sehingga sekarang.
Keluar Forteen keputusan Izzue sendiri
Menurut Awin, dia ada menghubungi ahli kumpulan itu untuk memaklumkan terdapat undangan persembahan, namun sehingga kini belum ada balasan diterima. Baginya, mandat membantu kumpulan itu tetap dilakukan walaupun berdepan krisis.
Semalam saya hubungi mereka kerana ada tawaran lain, cuma nampaknya, belum ada balasan. Bagi saya, amanah membantu Forteen tetap dilaksanakan dan hal dalaman (kemelut band), biarlah mereka sendiri yang selesaikan.
Ditanya sama ada suaminya ada mendapatkan pendapatnya sebelum mengumumkan mahu keluar dari Forteen, Awin berkata keputusan itu sememangnya diambil oleh Izzue semata.
Ada yang bertanya sama ada Izzue berbincang dengan saya sebelum membuat pengumuman berundur, memang keputusan itu dibuatnya sendiri.
Sebagai pengurus, saya hanya boleh memberi pandangan. Saya faham situasi yang dilalui sekarang. Saya juga yakin Izzue mampu membuat pertimbangan waras tanpa dipengaruhi mana-mana pihak sebelum membuat keputusan.
Sumber: Berita Harian
0 comments :
Post a Comment