Setiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, V K Regu mendakwa Muhammad Adib cedera bukanlah akibat dipukul sebaliknya dilanggar jentera bomba. Dakwanya lagi, mereka bertindak mengetuk cermin jentera untuk memberitahu seseorang di belakang.
Artikel berkaitan : ‘Muhammad Adib Bukan Dipukul, Malah…’ – Setiausaha Badan Kuil
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid walaubagaimanapun menyatakan dakwaan yang dibuat itu tidak berasas.
Ibarat menegakkan benang yang basah
Datuk Mohammad Hamdan menerusi media hari ini memberitahu anggota bomba di dalam video tular tersebut bukanlah Muhammad Adib tetapi seorang lagi anggota lain. Anggota bomba yang dikenali sebagai Mohd Hazim itu ada bersama dan sama sekali tidak dilanggar.
Adakah pihak yang membuat dakwaan itu mempunyai bukti mengatakan Muhammad Adib dilanggar? Lapan anggota kita ada di situ, mereka tahu apa yang terjadi.
Ingin saya tegaskan di sini, perkara ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan, pihak bomba beri kerjasama yang baik tetapi kita jangan buat kenyataan yang tidak berasas ibarat menegakkan benang yang basah.
Anggota bomba yang didakwa dilanggar dalam video yang tular itu bukan Muhammad Adib, malah anggota itu, Mohd Hazim Mohd Rahimi ada bersama kita sekarang dan beliau langsung tidak dilanggar jentera kita.
Disalahtafsir sebagai Adib, tidak dilanggar
Mohd Hazim yang ada bersama ketika sidang media memberitahu ketika kejadian dia berada di belakang jentera untuk mengeluarkan peralatan memadam.
Saya yang berada di belakang jentera berkenaan untuk mengeluarkan peralatan memadam kebakaran memandangkan saya berada paling dekat untuk mengeluarkannya.
Kemudian saya ternampak perusuh datang ke arah saya dan saya terus melarikan diri ke arah EMRS dan disalah tafsir sebagai Adib, saya tidak dilanggar, saya panik dan tidak ingat apa-apa selepas itu.
Bimbang dengan keselamatan diri, beliau terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tidak tahu apa yang berlaku di luar.
Sumber : Berita Harian
0 comments :
Post a Comment