Ramai wanita yang sanggup menghabiskan wang untuk membeli minyak wangi yang boleh membuatkan haruman yang tahan lama. Namun, jika minyak wangi yang dibeli tidak boleh menghasilkan bau yang tahan lama, anda pasti akan berasa hampa. Hakikatnya, bau minyak wangi boleh bertahan lama jika anda tahu helahnya. Barulah ia berbaloi dengan harga yang anda beli.
Elakkan Simpan Di Bilik Mandi
Bilik yang lembap dan bersuhu panas boleh memecahkan molekul minyak wangi tersebut dan ini akan mengurangkan lagi kualitinya. Oleh itu, pastikan anda menyimpan minyak wangi di tempat yang kering seperti di bilik tidur.
Letakkan Losyen Dahulu
Sama seperti wajah anda yang memerlukan primer sebelum mulakan solekan, begitu juga dengan minyak wangi. Anda disarankan untuk menggunakan losyen tanpa haruman terlebih dahulu sebelum menyemburkan minyak wangi pilihan anda. Ini kerana permukaan yang berminyak dapat mengekalkan bau minyak wangi berbanding dengan kulit yang kering.
Sembur Minyak Wangi Selepas Mandi
Kulit yang lembap boleh membantu untuk mengekalkan bau haruman. Selain itu, ia juga membantu untuk mengelakkan barangan kemas atau pakaian menjadi pudar kerana semburan minyak wangi.
Sapukan Jeli Petroleum (Vaseline)
Sebelum anda menyemburkan minyak wangi, pastikan anda menyapukan jeli petroleum (Vaseline) pada pergelangan tangan. Ini dapat membantu melembapkan kulit dan memanjangkan bau wangian pada kulit anda.
Kenali Jenis Minyak Wangi
Minyak wangi punya banyak jenis berbeza. Antaranya minyak wangi berlabel spray badan, eau de cologne dan eau de toilette mempunyai kepekatan yang lebih rendah dan ringan daripada eau de parfum atau extrait de parfum yang mempunyai bau yang tahan lebih lama.
Jangan Gosokkan Wangian Pada Pergelangan Tangan
Antara tabiat yang sering dilakukan selepas menyemburkan minyak wangi pada pergelangan tangan. Sebenarnya, menggosokan wangian pada pergelangan tangan boleh menyebabkan nota utama pada wangian hilang dengan lebih cepat dan ini akan menyebabkan bau haruman anda tidak akan kekal lama.
Semburkan Pada Bahagian Berhaba
Semburkan minyak wangi anda pada bahagian badan yang berhaba. Anda disarankan untuk menyemburkan minyak wangi pada belakang leher, belakang lutut, dalam siku dan bahagian atas sedikit dari pusat.
Wangian Pilihan Jelita
Jika anda gemarkan haruman beraroma menyegarkan, Scent Maker Laurel ialah pilihan yang tepat. Halwa bau haruman ini dimulai dengan kombinasi antara bergamot dan limau, sebelum ia mewangi harmoni bersama estrak ros dan jasmin. Bagi mengekalkan sentuhan oriental sebagai signaturnya, nota haruman dengan kayu cendana ini sesuai untuk digunakan setiap hari. Harga Scent Maker Laurel 50 ml ini adalah RM188.65.
The post Helah Untuk Minyak Wangi Yang Tahan Lama appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment