Tidak dinafikan, apabila mempunyai anak-anak yang masih di alam persekolahan, pastilah bertambah banyak barang keperluan mereka. Bukan sahaja buku malah baju sekolah, barang menulis dan beg-beg sekolah pun kena simpan dengan kemas supaya nampak teratur di dalam rumah kita.
Kali ini kami kongsikan tips DIY rak supaya rumah nampak lebih kemas dan teratur. Memang mudah dan senang. Paling penting jimat duit !
1. Rak dicat semula berwarna putih
“Beli waktu ada offer ya.Kadang-kadang boleh dapat 9.99 untuk 1 rak.Masa kami beli ada pelbagai warna. Oleh sebab nak perabot semua putih. Maka suami mengecat semula bagi warna putih. Kami tak paku pun rak ke dinding.Jadi rak boleh diubah tempat jika perlu.Setakat ni dah 2 tahun rak itu di bina. Masih kukuh seperti asal sebab ia agak berat. Cuma untuk anak-anak yang lasak. Mungkin boleh lekatkan rak pada dinding rumah.” Follow step bergambar ya!
2. Pemasangan rak
3.Rak melintang lebih besar daripada rak di tepi-tepi sebab kami hendak letak beg anak-anak.
4. Besi penghubung beli di hardware. Untuk menggantung baju sekolah anak-anak.
Beli di hardware
5. Besi penghubung antara 2 rak yang di tepi-tepi.(rak kiri n kanan). Beli di hardware.
6. Besi untuk menampung rak melintang. Letak di bawah rak melintang. Beli di hardware.
Lihat hasil akhir sekali..
7. Tadddaaaa…hasilnya!
Menarik kan? Jom cuba
Selamat mencuba!
Sumber: Naqibah Nukma Abdullah
0 comments :
Post a Comment