Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai lulusan universiti yang gagal mendapatkan pekerjaan seiring dengan kursus yang diambil. Namun, ada juga tidak kisah untuk tetap mencari rezeki dengan melakukan apa sahaja kerja asalkan halal dan mendapat sedikit pengalaman.
Seorang guru, Noorihsham A Rahim menceritakan kisah pekerja pembersihan di sekolahnya yang tanpa disangka-sangka merupakan seorang…
Bekerja sebagai pekerja pembersihan
Guru berkenaan berkongsi kisah pemuda yang bekerja sebagai pembersih tiba-tiba ingin berjumpa dengannya. Pekerjanya itu kemudian meminta satu pertolongan untuk menjadi saksi sebagai penjawat awam. Tindakan lelaki itu membuatkan guru berkenaan terpinga-pinga.
TABIK HORMAT!
Pemuda ini masuk bekerja sebagai pekerja pembersihan swasta di sekolah saya.
Orangnya tidak banyak bicara dan tekun melaksanakan tugasnya.
Kelmarin, dia ingin berjumpa dengan saya.
Bermacam-macam perkara yang terlintas dalam pemikiran saya…
Pelik!
“Cikgu, saya nak minta tolong!” Katanya penuh tertib.
“Kenapa?” Saya bertanya sambil memerhatikannya.
Dia tersenyum penuh keikhlasan.
Makin pelik!
“Cikgu, saya nak minta tolong untuk cikgu jadi saksi sebagai kakitangan kerajaan,” katanya sambil tersenyum.
“Aduhai, Apa pulak ni!” Getus hati. Saya tenung wajahnya. Tiada sebarang kejanggalan. Pelik! Pelik!
Dalam kesusahan pasti ada jalan
Saya semakin berperang dengan perasaan, antara logik dan andaian.
Dia menyua satu borang. Saya ambil, baca & merenung dia kembali!
Saya kagum! Secara spontan saya bertanya kepada dia, “Kenapa kerja di sini?”
Dia menjawab dengan senyuman, “Cari duit, cikgu. Duduk rumah pun bukan dapat apa-apa.”
“Dah berapa lama tak dapat kerja dengan kerajaan ni?” Tanya saya penuh kekaguman.
“Dah setahun lebih. Saya buat dulu kerja-kerja lain dan macam-macam kerja,” katanya.
Saya menandatangan pada ruangan yang diperlukan tanpa rasa curiga. Saya berjabat tangan dengannya.
“SELAMAT UNTUK SEMUANYA!” Ucap saya penuh ikhlas.
Terasa saya ingin berikan satu tabik hormat kepadanya serta mereka yang bersikap sepertinya.
INGATLAH! DALAM KESUSAHAN PASTI ADA JALAN,
DALAM UJIAN PASTI ADA PENYELESAIAN.
SATU KESILAPAN BESAR JIKA KITA MERATAPI TAKDIR & APATAH LAGI MENYALAHKANNYA.
JANGANLAH JUGA BERSIKAP SEBAGAI SEORANG PENGHUKUM.
KERANA KITA SENDIRI TIDAK PASTI ADAKAH KITA TELAH BENAR-BENAR MELETAKKAN SESUATU YANG HAK ITU PADA TEMPATNYA!
Siapa pemuda itu tadi?
BELIAU BAKAL SEORANG DOKTOR YANG BARU MENERIMA SURAT PANGGILAN UNTUK BERTUGAS DI SALAH SEBUAH HOSPITAL KERAJAAN.
BELIAU MERUPAKAN SEORANG GRADUAN DARIPADA MESIR.
Sumber: Noorihsham A Rahim
0 comments :
Post a Comment