GOT7 JB Dedah Rahsia Kulit Halus Mulus Buat Lelaki

Boleh kata ramai golongan lelaki yang mengambil ringan akan penjagaan kulit wajah dek kerana merasakan ia satu rutin yang remeh, tetapi dengan produk pilihan GOT7 JB ini, pasti akan memudahkan rutin penjagaan kulit anda.

 

 

“Menggunakan produk penjagaan kulit terlalu feminin! Pelembap pula buatkan kulit saya melekit dan berminyak! Ia amat melecehkan untuk mengamalkan rutin penjagaan kulit! Saya tidak ingat akan langkah-langkah aplikasi yang merumitkan!” – Berikut adalah antara alasan golongan lelaki terhadap rutin penjagaan kulit yang mana pada akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak mempraktikkan rejim kecantikan kulit.

 

 

Umum tahu yang mana habit buruk dalam penjagaan kulit seperti menggunakan sabun mandi atau sabun buku untuk mencuci wajah atau jarang menggunakan pelembap wajah, kedua-duanya boleh mengakibatkan kulit bermasalah.

 

 

Disebabkan itulah lelaki ramai mengalami masalah kulit seperti kekeringan, kulit kasar dan banyak lagi. Yang paling teruk pabila kulit menjadi terlalu terabai sehingga menghasilkan lebih minyak sekaligus menyebabkan jerawat dan muka berkilat melampau.

 

 

Buat kaum lelaki, kini segala permasalahan anda ini boleh diatasi dengan hanya menggunakan satu produk terbaharu dari THE FACE SHOP iaitu Perfect All In-One Essence! Inilah juga jawapan kepada kulit mulus GOT7 JB.

 

THE FACE SHOP Perfect All In-One Essence For Men (RM115, 150ml) boleh didapati di semua stor THE FACE SHOP bermula November ini. Dapatkan di atas talian www.thefaceshop.com.my

 

Istimewanya produk ini adalah :

  • Formula tidak melekit
  • Satu langkah untuk kegunaan semua jenis kulit
  • Pek minimalistik dan botol pam mudah digunakan
  • Aroma segar pada permulaan dan nota positif pada pengakhiran
  • Faedah 5 dalam 1 : Hidrat, nutrisi, mengurangkan radang, menyegar dan melembap kulit wajah

 

 

Cara menggunakannya mudah sahaja! Selepas mencuci, lakukan dua kali pam di telapak tangan dan sapukan pada kulit wajah dengan rata. Anda juga boleh gunakan urutan patting lembut untuk meningkatkan efek menyejuk.

 

 

 

The post GOT7 JB Dedah Rahsia Kulit Halus Mulus Buat Lelaki appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment