Gambar Perkahwinan Deepika Padukone Dan Ranveer Singh Memukau Mata Ramai Dengan Kecantikannya

Pasangan merpati sejoli ini akhirnya sah sebagai suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang cukup indah.

 

Gambar : Instagram Deepika Padukone

 

Bintang Bollywood terkenal, Deepika Padukone dan Raveer Singh selamat berkahwin pada semalam bertarikh 15 November 2018. Padukone berkongsi gambar perkahwinannya menerusi Instagram dan boleh dikatakan ia sememangnya sangat cantik.

 

Keindahan perkahwinan pasangan ini boleh dilihat menerusi setiap gambar yang dirakam serta pakaian perkahwinan mereka yang cukup mewah menawan yang direka oleh Sabyasachi Mukherjee.

 

Mereka mengadakan dua perayaan berlainan mengikut tradisi yang mana sebuah parti yang mengetengahkan keluarga pihak pengantin lelaki yang dipanggil Konkani Phool Muddi dan satu lagi majlis iaitu dipihak pengantin perempuan digelar Anand Karaj.

 

 

Upacara perkahwinan mereka mengambil tempat di Lake Como’s 18th Century Villa del Balbianello. Menerusi gambar yang dikongsi Padukone, Priyanka turut meninggalkan komen yang mana bertulis “Insanely beautiful and stunning!”.

 

Untuk perkahwinan Chopra dan Jonas, tarikh perkahwinan mereka masih belum dikongsikan kepada umum, tetapi pasangan itu dilaporkan telah pun mengambil lesen perkahwinan mereka. Bahkan mereka juga telah membuat sambutan sempena majlis perkahwinan mereka akan datang dengan majlis bridal shower dan parti bujang buat Chopra yang mengambil tempat di Amsterdam yang turut kelihatan kemunculan Lupita Nyong’o dan Kelly Ripa.

 

Sementara hubungan Chopra dan Jonas dilihat cukup moden, Padukone dan Ranveer sentiasa mengikut latar belakang tradisinya. Pasangan yang dikhabarkan sebelum ini mempunyai hubungan on and off selama enam tahun lalu, jarang membuka cerita tentang kehidupan mereka.

 

Menerusi sebuah interviu bersama Times of India pada awal tahun ini, Padukone turut pernah menyatakan bagaimana dia memastikan dirinya sentiasa mengikut jalan tradisional dengan mengatakan, “I’ve not been in a live-in relationship. But I’ve been exposed to various kinds of equations that can exist between people. When I came from Bangalore, it was black and white. Over the years, I’ve realized that there’s more to what we see on a day-to-day basis. There are all kinds of relationships, all kinds of equations. I may not personally endorse them but I’ve begun to accept and understand that it’s all okay. I’m nobody to judge the equations, however strange they may be. But at the same time, I go back to my home and live in the traditional way in which I’ve been brought up. I’ll only move in with my husband.” Jadi kini pasangan ini telah pun sah sebagai suami isteri dan memulakan kehidupan di bawah satu bumbung.

 

The post Gambar Perkahwinan Deepika Padukone Dan Ranveer Singh Memukau Mata Ramai Dengan Kecantikannya appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment