Dua Dekad Radley

Teks : Razin Mohd

 

Jenama aksesori dan beg tangan elegan serta chic yang terkenal ikon ‘scottie dog’ ini menyambut ulang tahun ke-20.

 

 

 

Rekaan ringkas dan elegan tetapi mudah juga disuai padan, sudah jadi DNA buat jenama ini, Radley hari ini sudah jadi satu jenama aksesori dan beg tangan yang menampilkan personaliti wanita yang riang dan anggun. Jenama ini sentiasa mengutamakan fungsi dalam setiap rekaannya dan kualiti bahan yang digunakan dalam setiap rekaan beg tangan.

 

SCOTTIE DOG NAN IKONIK

 

 

Pada awal pengeluaran tahun 1998, jenama ini sudah jadi perhatian dengan barisan koleksi aksesori dalam palet terang, memancarkan persona ceria. Begitu juga buat simbolik logo jenama ini, Radley temui siluet anjing Scottie dog sebagai riang dan mesra untuk dijadi logo. Kini, setelah 20 tahun, logo ikonik ini kekal menjadi perincian aksesori kegemaran peminatnya.

 

REKAAN TERSENDIRI

 

 

Menyalurkan idea rekaan yang unik, kreatif dan riang, kumpulan pereka Radley berpusat di London menyalurkan idea setiap rekaannya dari inspirasi reka bentuk, warna, pameran seni dan trend fesyen semasa dan diadun mesra dengan variasi ilham mereka sendiri. Kuncinya adalah menghasilkan satu stail yang chic, penuh dengan identiti dan personaliti!

 

TIMELINE RADLEY PERLU TAHU!

The post Dua Dekad Radley appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment