Seorang guru, Xin Tian Chua kongsi pengalaman melihat pasangan suami isteri membiarkan anak mereka kencing di atas kerusi kereta api (KTM). Bila ditegur mereka memberikan alasan tiada tandas dan sanggup untuk membayar kos pembersihan.
Kesal dengan perbuatan tersebut, individu ini melaporkan kepada pihak KTM. Namun, pasangan tersebut menerusi mesej di laman Facebooknya memberikan respon ini. Alahai!
Kencing atas kerusi KTM
Ibu bapa zaman sekarang:
Dalam kereta api KTM, seorang ibu membawa anaknya duduk dihadapan saya, buka seluar dan membiarkan anaknya KENCING DI ATAS KERUSI! Untuk makluman semua, siap bukakan seluar dan biarkan anaknya kencing di atas kerusi! Saya terkejut sebab percikan air kencing adik tadi terkena kasut dan beg saya!
Saya cuba menegurnya dan ayahnya beritahu saya: Cik, apa boleh buat ini emergency, KTM tak da toilet nak buat apa, nanti saya bayar orang tolong bersihkan. Apa lagi cik nak?!
Nak satu je, saya harap encik tidak hasilkan anak lagi. Sejujurnya, kami tidak memerlukan orang seperti encik dalam masyarakat kita dan saya tidak percaya kebolehan encik dalam mendidik anak encik.
Saya berasa sangat kesal terhadap anak-anak tersebut kerana mempunyai ibu bapa seperti itu
#saynotosampahmasyarakat #educationisimportant
ETS KTMB KTM Malaysia Keretapi Tanah Melayu KTM Berhad
Nombor Kereta api: T9257 aka SCS29
Berlaku pada: 22/11/18, 4.25pm kereta api dari Butterworth ke Padang Besar
Mesej pihak KTM
Respon bapa kanak-kanak itu
Sumber: Xin Tian Chua
0 comments :
Post a Comment