‘Dah Tak Dapat Tahan, Emergency’ – Viral Biar Anak Kencing Dalam KTM, Ini Respon Bapa

Seorang guru, Xin Tian Chua kongsi pengalaman melihat pasangan suami isteri membiarkan anak mereka kencing di atas kerusi kereta api (KTM). Bila ditegur mereka memberikan alasan tiada tandas dan sanggup untuk membayar kos pembersihan.

Kesal dengan perbuatan tersebut, individu ini melaporkan kepada pihak KTM. Namun, pasangan tersebut menerusi mesej di laman Facebooknya memberikan respon ini. Alahai!

Kencing atas kerusi KTM

Ibu bapa zaman sekarang:

Dalam kereta api KTM, seorang ibu membawa anaknya duduk dihadapan saya, buka seluar dan membiarkan anaknya KENCING DI ATAS KERUSI! Untuk makluman semua, siap bukakan seluar dan biarkan anaknya kencing di atas kerusi! Saya terkejut sebab percikan air kencing adik tadi terkena kasut dan beg saya!  
Saya cuba menegurnya dan ayahnya beritahu saya: Cik, apa boleh buat ini emergency, KTM tak da toilet nak buat apa, nanti saya bayar orang tolong bersihkan. Apa lagi cik nak?!

Nak satu je, saya harap encik tidak hasilkan anak lagi. Sejujurnya, kami tidak memerlukan orang seperti encik dalam masyarakat kita dan saya tidak percaya kebolehan encik dalam mendidik anak encik.

Saya berasa sangat kesal terhadap anak-anak tersebut kerana mempunyai ibu bapa seperti itu
#saynotosampahmasyarakat #educationisimportant
ETS KTMB KTM Malaysia Keretapi Tanah Melayu KTM Berhad

Nombor Kereta api: T9257 aka SCS29 
Berlaku pada: 22/11/18, 4.25pm kereta api dari Butterworth ke Padang Besar

Mesej pihak KTM

Respon bapa kanak-kanak itu

Sumber: Xin Tian Chua

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment