Aktiviti apa yang best nak buat waktu cuti sekolah nanti ya. Nak hiking, camping, travel, macam-macam la. Sebenarnya nak enjoy dengan family dan kawan-kawan je. Tu yang paling penting.
Kadang-kadang tak sempat nak buat apa-apa dengan diorang. Asyik busy memanjang. Apa kata cuti sekolah kali ni korang datang Quill City Mall KL ramai-ramai. Ada pameran menarik untuk korang enjoy puas-puas!
Hello Kitty & rakan-rakan datang Malaysia!
Siapa kat sini yang suka tengok kartun masa kecik-kecik dulu? Tipu la kalau tak suka. Lagi-lagi perempuan, kan suka benda comel-comel ni. Korang tahu tak Hello Kitty dan rakan-rakan dah sampai Malaysia?
Sebenarnya, ada Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Quill City Mall KL. Ia dibuka bermula 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari. Sepanjang cuti sekolah wei!
Semua orang mesti dah happy dengan Quill City Mall KL sekarang. Semua peminat Hello Kitty dah pakat nak pergi Quill City Mall KL ramai-ramai. Korang tunggu apa lagi tu? Meh la..
Sanrio yang diasaskan pada tahun 1960 ni sebenarnya dah cipta lebih 400 watak comel. Dalam banyak-banyak, Hello Kitty yang paling menyerlah. Tanya je pasal Hello Kitty, confirm semua orang tahu. Takkan tak kenal kot?
Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur berada di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall KL. Ada 13 zon untuk korang tangkap gambar. Lagi satu, pameran ni sebesar 1,500 meter persegi. Memang besar dan luas!
Kat sini kami share antara zon menarik di pameran yang dapat kami tangkap untuk korang. Jom kita tengok..
Sanrio Time Tunnel, menggamit kenangan lama
Mula-mula masuk, korang akan lalu satu lorong dipanggil Sanrio Time Tunnel. Korang akan mula ingat balik watak yang korang suka tengok masa kecik-kecik dulu. Secara tak sedar, cepat betul masa berlalu kan?
The Plushy World, serious la ada Hello Kitty gergasi?
Terkejut? Ni bukan besar, dah level gergasi ni. Di Plushy World, korang dapat tengok patung Hello Kitty gergasi dengan ketinggian 3.5 meter. Besar gila! Selain tu, ada lebih 2,000 patung yang terdiri daripada 100 watak rakan Sanrio. Comel gila!
Sanrio Village, kampung yang menjadi tumpuan ramai
Sanrio Village dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Siap ada kereta api mainan Sanrio. Kampung ni confirm buat korang nak jadi budak-budak balik! Sangat nostalgia..
Korang mungkin luangkan banyak masa kat Sanrio Village. Banyak port untuk bergambar. Ada Patty & Jimmy, Minna no Tabo, Hangyodon, Kuromi, dan banyak lagi. Posing tu biarlah comel sikit. Hihi.
Paper Doll Fun, ingat lagi masa main anak patung kertas?
Korang ingat lagi masa main anak patung kertas tak? Kat Paper Doll Fun, korang mesti enjoy pakaikan baju kat patung Kiki Lala yang besar ni. Banyak pilihan patung dan baju. Apa salahnya jadi budak-budak sesekali kan?
Vintage Stationery House, macam-macam alat tulis yang comel
Masa kat tadika dan sekolah rendah dulu, korang mesti ada alat tulis watak Sanrio ni kan. Pantang nampak kat kedai, kalau mak tak nak beli, merajuk sampai esok. Bila tengok kat sini, teringat zaman sekolah. Setuju tak?
Drawing Classroom, jom main lukis-lukis kat sini
Siapa yang minat melukis mesti suka dengan Drawing Classroom ni. Pereka Sanrio dah sediakan demonstrasi lakaran untuk 9 watak utama Sanrio. Korang boleh tahu macam mana watak ni dilukis satu persatu. Macam dalam kelas kat sekolah!
Strawberry Newsroom, Office & Studio, meh tengok majalah Jepun tentang Sanrio
Banyaknya strawberi! Korang tahu ke pasal Strawberry News, majalah Jepun yang diterbitkan sejak Oktober 1974? Masuk je dalam Strawberry Newsroom, korang boleh baca edisi majalah Strawberry News yang terdahulu. Klasik betul.
Majalah Strawberry News mengandungi banyak berita tentang Sanrio dengan produk terkini mereka. Mungkin ada rahsia tentang Sanrio kalau korang datang ke Strawberry Office. Sangat menarik beb.
Nak jadi cover depan majalah tapi masih belum tercapai? Meh datang ke Strawberry Studio. Kat sini korang boleh jadi model. Lebih-lebih lagi, korang akan jadi penghias kulit majalah Strawberry News. Hasilnya memang cantik!
Macam ni rupanya kalau Sanrio melawat Malaysia..
Pernah terfikir tak, macam mana kalau watak-watak Sanrio ni datang Malaysia? Memandangkan ni kali pertama Sanrio adakan pameran di Malaysia, diorang pun nak tonjolkan kebudayaan Malaysia sekali. Wee..
Rugi la kalau korang tak nak datang sebab kat sini boleh tengok macam mana watak Sanrio di tempat tarikan popular Malaysia. Nak tahu, kena la datang ke Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Quill City Mall KL okay?
Banyak lagi zon menarik kat sini sebab pameran ni memang besar. Puas berjalan dan bergambar. Tak nak la cerita semua. Biar korang surprise bila dah masuk nanti. Hehe.
Ada satu port untuk korang beli souvenir buat kenangan. Ada baju, beg, phone case, notebook, macam-macam! Bukan senang Sanrio nak datang Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk beli souvenir oleh Sanrio kat pameran nanti ya.
Kami syorkan korang untuk datang awal. Pameran ni besar. Korang pun mesti nak pergi semua zon. Nak tangkap gambar, main game, macam-macam boleh buat. Member korang pun agaknya penat layankan perangai budak-budak korang. Hehe.
Ni info tentang pameran tu. Jangan lupa datang cuti sekolah nanti!
Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur
Tarikh: 24 November 2018 hingga 6 Januari 2018
Masa: 11 pagi hingga 9 malam
Tempat: Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall KL
Korang boleh walk-in untuk beli tiket masuk di kaunter tiket berhampiran pintu masuk pameran. Nak beli online pun boleh (klik sini untuk beli tiket masuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur). Untuk info lebih lanjut, klik mana-mana link kat bawah.
Laman web rasmi: www.oursanriotimes.my
Facebook: Our Sanrio Times Malaysia
Instagram: oursanriotimes.malaysia
Bila datang pameran ni, korang mungkin akan terdiam kejap sebab teringat masa kecik-kecik dulu. Seronoknya. Tak payah fikir apa pun.
Nak jadi budak-budak balik.. Boleh tak?
0 comments :
Post a Comment