Ikuti langkah-langkah ini untuk realisasikan impian bibir mungil bak Angelina Jolie tanpa sebarang surgeri atau suntikan.
[caption id="attachment_121490" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Shutterstock[/caption]
Ramai wanita mencari pelbagai cara untuk dapatkan bibir mungil dan cantik menawan bak Angelina Jolie. Ia tampak seperti agak sukar untuk merealisasikannya tetapi sebenarnya ada caranya untuk menjadikannya satu kenyataan tanpa sebarang surgeri bibir.
Ianya hanya perlukan sedikit masa dan tenaga tanpa perlu berbelanja tinggi. Jom mula amalkan cara ini untuk mendapatkan bibir mungil menawan.
Pengelupasan
Pengelupasan bukan hanya berkesan dalam membuang sel kulit mati dan menjadikan tekstur bibir lembut, malah ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah. Ianya sekali gus menjadikan bibir lebih mungil dan menawan. Dengan mengamalkan skrub bibir di rumah menggunakan bahan mudah dapat boleh menjadikan hasil bibir yang tampak lebih cantik terbentuk. Campurkan gula dan air, gosok campuran tersebut di bahagian bibir dan bilas untuk mendapatkan hasil yang lebih lembut dan bibir tampak lebih tebal semula jadi.
The post Cara Mujarab Realisasi Bibir Mungil Tanpa Suntikan Botoks appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment