Cara Mudah Tukar Duit Syiling Guna Mesin Ini, Boleh Terus Deposit Ke Bank

Kebiasaannya tabung duit simpanan anda di rumah pasti dipenuhi dengan duit syiling. Betul tak? Ada yang sampai mengambil masa lama untuk mengira jumlah wang tersebut setiap kali mahu menukar wang kertas.

Kali ini anda tak perlu susah-susah, individu ini berkongsi cara senang mengira duit syiling di mesin pertukaran. Paling seronok, anda boleh terus deposit duit syiling anda kedalam akaun bank. Mudah dan jimat masa!

Tips tukar syiling anda


Coin Deposit Machine

Hari ni aku nak share pada yang tak tau nak buat apa dengan duit syiling korang dekat rumah. Atau tengah-tengah bulan dah tak ada duit macam aku. First sekali, korang google dulu dekat mana ada mesin ni. Aku pergi dekat maybank Equine Park. Aku ada serta kan list tempat yang mungkin boleh bantu korang.

Pastikan ada akaun simpanan bank itu

Tips
1. Mesin terletak dekat area kaunter tu, so memang kena pergi office hour ye
2. Pergi awal pagi and before lunch ye, sebab ada kawan pesan lepas lunch mesin maybe meragam sikit. Nnti kau rasa stress kat sana, jangan salahkan aku eh.
3. Make sure ada akaun simpanan bank tersebut. Sebab duit tu akan terus didepositkan terus dalam akaun. Bukan cash ye
Okay, now bila dah sampai turn beratur sebab korang bangun lambat. mesin tu suruh korang pilih bahasa. Pilih la yg sesuai dan senang difahami okay.

Taburlah duit dalam tu walau 5sen


Mesin ni ada 2 butang. Butang A dan Butang B

Mula-mula tekan Butang A untuk memulakan kiraan duit syiling , maka taburlah duit-duit itu. Duit 5 sen dan duit yang kurang baik mesin tu akan keluarkan balik kat bawah tu. Bila mesin tu dah habis kira, cuba masukkan balik duit yang ditendang tadi. Kadang-kadang mesin ni memilih.macam pilih jodoh.

Isi borang deposit

Next, Mesin tu akan tanya nak sambung kiraan (Butang A) atau selesai. (Butang B)

Lepas selesai, akan keluar 2 resit total amount yang dah dimasukkan. 1 resit adalah untuk buat kenangan. Lepas tu, isi borang deposit. Boleh diambil di tempat-tempat borang ataupun mintak dekat sis kaunter reception tu. Kalau sis la. Borang deposit tu hanya perlu isi nama penuh, no akaun simpanan dan juga amount yang di masukkan tadi. Sebab aku tulis kat atas tadi kena ada akaun simpanan.

Ambil no giliran

Selepas itu, ambil no giliran dan tunggu la no giliran ye. kemudian dah boleh ready nak order makan besar sebab duit akan terus masuk. No more floating money

Jangan malu nak bawak sebotol tabung kau tu. Sebotol tabung kau tu mungkin akan merubah kehidupan kau sebulan tu. Senang dan sangat cepat. Harap membantu.

Senarai tempat penukaran duit syiling

Sumber : Siti Masyitah Kassim

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment