Cabaran #FireChallenge Jadi Kegilaan Remaja Di US & Britain, Habis Semua Terbakar!

Kegilaan terbaru iaitu Fire Challenge telah melanda internet apabila golongan remaja berusaha meraih populariti dengan membakar diri sendiri. Rakaman video mendapati mereka menuang minyak pada badan sebelum menyalakan dan menyuluh api ke badan sendiri. Sekaligus, ianya telah menyebabkan mereka yang menyahut cabaran tersebut memerlukan rawatan di hospital.

Kegilaan lama yang muncul semula

Menerusi laporan New Zealand Herald, di Wales, kegilaan atau trend tersebut sudah muncul sejak 2014. Namun kembali semula apabila peningkatan kes remaja tercedera yang dilihat oleh pakar perubatan.

Baru-baru ini, Kakitangan pakar di Swansea’s Morriston Hospital telah mengesahkan bahawa mereka telah melihat kenaikan dalam jumlah remaja yang dimasukkan ke hospital dengan luka terbakar yang serius.

Kesan parut yang kekal

Lembaga Kesihatan Universiti Abertawe Bro Morgannwg, Jeremy Yarrow kini mengeluarkan amaran dan nasihat kepada sesiapa sahaja yang telah mengambil bahagian dalam mana-mana cabaran ini secara online.

Saya faham ada tekanan terhadap golongan muda untuk mendapatkan penerimaan atau meningkatkan bilangan pengikut profil dalam talian mereka dengan melakukan perkara-perkara berisiko seperti cabaran ini.

Tetapi dari pesakit yang saya lihat, hasilnya mungkin sangat berbeza, ada yang memerlukan rawatan yang intensif dan banyak yang meninggalkan parut kekal.

Dalam beberapa kes yang teruk dan kadang-kadang mengancam nyawa, mereka dimasukkan ke hospital untuk tempoh masa yang lama untuk pembedahan yang kompleks yang mengakibatkan masalah mental dan fizikal jangka panjang.

Video remaja menyahut cabaran gila ini

Sumber: New Zealand Herald, Wakhray Nakhray

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment