Belanjawan 2019 Tak Macam Yang Diharapkan? Baca Ni Dulu, Confirm Korang Berubah Fikiran!

Belanjawan 2019 baru je dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia di Parlimen baru-baru ini. Haa. Macam mana, korang puas hati tak dengan belanjawan kali ni?
Ramai beranggapan yang belanjawan kali ni membebankan rakyat terutamanya golongan muda. Hmm.. Betul ke? Tapi kan, ni kami nak share sikit beberapa intipati belanjawan yang mungkin memberi manfaat pada korang sebenarnya.

Subsidi petrol 30 sen untuk RON 95

Pengumuman kerajaan meneruskan subsidi petrol ternyata melegakan banyak pihak terutamanya golongan muda. Pada pembentangan belanjawan yang lalu, kerajaan mengumumkan subsidi sebanyak 30 sen seliter untuk petrol RON 95.

Tapi apa yang korang kena tau ialah pemberian ini bersasar kepada penunggang motosikal bawah 1250 cc dan kenderaan bawah 1500 cc. Bagi penunggang motorsikal subsidi akan diberikan untuk 40 liter utama setiap bulan manakala kenderaan pula untuk 100 liter utama sebulan,

Banyak penjimatan korang boleh dapat tau, boleh simpan sikit buat beli barang yang korang idamkan macam smartphone or pergi shopping. Bestnya!

Gaji minimum ditetapkan pada kadar RM 1,100

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pengumuman kerajaan menetapkan gaji pada kadar minimum RM 1,100 sepatutnya disambut baik. Walaupun kadar itu tak memuaskan hati ramai pihak.

Usaha kerajaan mempertimbangkan peningkatan gaji minimum merupakan satu perkara yang patut dipuji. Yelah bagi korang yang berpandapatan bawah seribu sebelum ni akan mendapatkan manfaatnya. Betul tak?

Bantuan sara hidup rakyat diteruskan.. Yeay!

Ni mesti berita gembira buat golongan bawah 40 tahun  kerana Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang dahulunya dikenali sebagai BR1M akan diteruskan.

Kali ni, kerajaan akan tambah baik pemberian ni dengan menyasarkan golongan yang benar-benar layak menerima bantuan.

  • Isi rumah pendapatan bawah RM 2,000= BSH RM 1,000
  • Isi rumah pendapatan RM 2,001-RM 3,000= BSH RM 750
  • Isi rumah pendapatan RM 3,001-RM 5,000= BSH RM 500
  • Setiap anak yang berusia 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tiada had umur akan diberikan RM 120 setiap seorang (terhad kepada 4 orang anak sahaja)

Hmm.. Banyak juga kerajaan keluarkan untuk membantu Belanjawan 2019 ni. Korang kenalah gunakan sebaiknya tau!

Tapi korang tau tak sebenarnya terdapat juga beberapa intipati belanjawan yang mengusarkan banyak pihak.

Pembayaran PTPTN kepada peminjam yang berpendapatan mulai RM1000!

Haa… Mesti ramai mengeluh kan sebab kena bayar balik PTPTN? Sebelum korang hentam pembayaran balik pembayaran PTPTN ni korang kena terima hakikat setiap pinjaman yang korang lakukan, mestilah dibayar semula. Ini bagi menjamin nasib generasi akan datang. Anak cucu korang pun nak sambung belajar jugak. Betul tak?

Jangan risau sebab kadar pemotongan adalah mulai 2 sehingga 15 peratus mengikut kadar gaji korang. Kerajaan tak kejam nak buat pemotongan besar pada gaji korang! Jadi korang pon kenalah bertimbang rasa untuk membayar semula pinjaman yang korang buat.

Cukai perkhidmatan untuk servis atas talian mula dikuatkuasa 2019

Kredit TV1

Dengan zaman teknologi ni, semua benda kita gunakan perkhidmatan servis atas talian. Tapi bila kerajaan kenakan cukai perkhidmatan untuk servis ni, maka semakin bertambahlah jumlah cas yang kita perlu bayar apabila gunakan perkhidmatan atas talian.
Antara servis yang akan dikenakan cukai ni ialah seperti Netflix, Alibaba, Spotify dan banyak lagi. Stressnya nak fikir bayar bil internet pada masa yang sama nak kena bayar tax lagi. Hmm.. Semua benda nak pakai duit.

Tapi jangan risau, dengan pakej terbaru daripada U Mobile Unlimited HERO P99, korang akan dapat banyak penjimatan

Ni kami tak tipu! Pakej terbaru daripada U Mobile menawarkan korang banyak penjimatan tau! Pakej yang paling latest menawarkan korang penjimatan sehingga RM1350 bila korang beli iPhone Xs dengan U Mobile Unlimited HERO P99.

Dengan hanya membayar RM 99 sebulan korang boleh dapat panggilan dan data tanpa had tau. Wow, murahnya! Ni korang boleh usha harga iPhone Xs yang korang berkenan.

Tapi bukan itu je, terdapat juga pakej-pakej lain yang menarik untuk korang nikmati bila korang beli iPhone yang lain seperti iPhone XR dan iPhone Xs Max. So, korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan iPhone yang terbaru di pasaran dengan pakej daripada U Mobile ni. Confirm berbaloi-baloi!

Untuk korang yang tak nak lepaskan peluang untuk memiliki iPhone yang terbaru ni. Jom klik saja di sini untuk tengok lebih lanjut pelan pilihan korang. Jangan lupa grab satu okay!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment