Belanjawan 2019- Netflix, Spotify & Steam Akan Dikenakan Cukai

Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa perkhidmatan dalam talian berasaskan asing akan dikenakan cukai bermula seawal tahun 2020. Pengumuman tersebut diadakan ketika perbentangan bajet negara yang dikenali sebagai Belanjawan 2019.

Software, muzik, video dan iklan digital antara yang dikenakan cukai

Antara jenis online service yang dikenakan cukai termasuklah software, muzik, video dan iklan digital. Namun beliau tidak menyebut mana-mana nama servis online secara terperinci pada ucapan belajawan sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, semasa ucapan tersebut, terdapat slaid persembahan bersama menunjukkan servis online yang popular seperti Netflix, Spotify dan Steam akan turut terkena cukai baru ini.

Tidak mendedahkan jumlah sebenar cukai

Lim Guan Eng juga turut berkata dalam ucapannya, penyedia servis tersebut perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja. Dalam ucapan belajawan tersebut, Guan Eng tidak menyatakan jumlah sebenar cukai yang bakal dikenakan.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment