Bayi 9 Bulan Maut Didera Suami Pengasuh, Temui Kesan Koyakan Pada Dubur & Selaput Dara

Kejam dan tidak berperikemanusian! Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia di Bandar Baru Bangi setelah dipercayai didera oleh suami kepada pengasuhnya sendiri.

Hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan pukulan atau impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala bayi tersebut sehingga tempurung kepala pecah.

Kesan koyakan

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara dan dubur mangsa. Bayi berkenaan meninggal dunia pada 10.30 pagi semalam selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.

Berdasarkan kenyataan ibu mangsa, semasa dihantar ke rumah pengasuh pada waktu pagi, mangsa dalam keadaan baik.

Namun, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas pada sebelah petang dan dikejarkan ke Klinik Bandar Baru Bangi, sebelum dirujuk ke Hospital Serdang. Selain itu, terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan mangsa,” katanya.

Polis bagaimanapun telah menahan pengasuh dan suaminya itu dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki itu positif methaphetamine. Lelaki tersebut ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Bernama, Astro Awani

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment