Aset Lebih RM70 Juta, Ahli Parlimen Beruas Pemimpin Terkaya, Tun M & Isteri Tempat Kedua

Untuk memastikan ketelusan dan mengelakkan kekayaan luarbiasa pemimpin politik, kerajaan mengarahkan pemimpin mengisytiharkan harta yang dimiliki mereka. Jumlah kekayaan dimiliki mereka kemudiannya diletakkan di laman web untuk pengetahuan umum.

Terbaru, beberapa pemimpin terkaya termasuk Perdana Menteri Tun Mahathir bersama isteri turut mengisytiharkan aset dimiliki mereka.

Ngeh Koo Ham paling kaya

Menduduki tempat pertama dengan aset bernilai tertinggi adalah Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dengan nilai RM75.8 yang turut meliputi aset isteri dan anaknya.

Berdasarkan portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri, Tun Mahathir  dan isteri, Tun Siti Hasmah berada di kedudukan kedua dengan jumlah aset bersama sebanyak RM32.4 juta.

112 Ahli Parlimen sudah isytihar

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof bersama isterinya berada di tangga ketiga dengan jumlah aset bernilai RM23.08 juta.

Kemudian diikuti oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah yang mengisytiharkan aset bersama isteri dan anaknya bernilai RM15.3 juta.

Setakat ini, sebanyak 112 Ahli Parlimen telah mengisytiharkan aset mereka dalam portal mydeclaration.sprm.gov.my.

Muhyiddin Yassin Sendiri Isteri RM 14,365,140.65

Dr Lee Boon Chye Sendiri Isteri Anak RM 13,670,000.00

Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien Sendiri Isteri RM 11,785,477.00

Gobind Singh Deo Sendiri Isteri RM 11,599,900.00

Kamarudin Jaffar Sendiri Isteri RM 11,373,127.59

Tony Pua Sendiri Isteri RM 10,410,697.00

Nga Kor Ming Sendiri Isteri RM 10,028,894.42

M Kulasegaran Sendiri Isteri RM 8,500,000.00

Wong Ling Biu Sendiri Isteri RM 8,267,600.00

Ramkarpal Singh Sendiri RM 7,924,229.11

Zuraida Kamaruddin Sendiri Suami RM 7,791,544.54

Christina Liew Chin Jin Sendiri Suami RM 6,671,000.00

William Leong Sendiri Isteri Anak RM 6,485,735.00

Mustapa Mohamed Sendiri Isteri RM 5,079,034.78

Karupaiya A/L Mutusami Sendiri RM 4,850,000.00

Dr Tan Yee Kew Sendiri Suami RM 4,740,000.00

Willie anak Mongin Sendiri Isteri Anak RM 4,683,722.75

Lim Kit Siang Sendiri Isteri RM 4,329,000.00

Dr Dzulkefly Ahmad Sendiri Isteri RM 3,734,050.00

Lim Lip Eng Sendiri Isteri RM 3,604,637.50

Baru Bian Sendiri Isteri RM 3,451,430.45

Mansor Othman Sendiri RM 3,295,000.00

Wong Kah Woh Sendiri Isteri RM 3,229,000.00

Ignatius Dorell Leiking Sendiri Isteri RM 2,958,420.00

Sumber: Portal Pengisytiharan Harta

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment