‘Akan Menipiskan Enamel Gigi’ – Doktor Sahkan Serbuk Arang Tak Boleh Putihkan Gigi

Produk pemutihan gigi berasaskan arang semakin bertambah di pasaran tempatan. Pengeluar produk sebegini membuat dakwaan serbuk arang berupaya memutihkan gigi jika menggunakan produk keluaran mereka. Pun begitu tiada bukti saintifik disertakan untuk menguatkan dakwaan mereka itu.

Doktor gigi, Dr Nur Sakinah Amran bercakap kepada Berita Harian mengenai dakwaan pengasas produk ini.

Mekanisme seperti magnet tarik kotoran

Menurut Dr Nur Sakinah, serbuk arang tidak bertindak secara langsung untuk memutihkan gigi. Dakwaan itu hanyalah  sekadar ‘trend’ yang diviralkan peniaga online untuk melariskan produk jualan masing-masing.

Walau bagaimanapun, secara teori doktor ini tidak menafikan arang boleh digunakan untuk menghilangkan kekotoran pada gigi yang disebabkan oleh tabiat minum kopi atau merokok.

Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama.

Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.

Serbuk arang menipiskan enamel gigi

Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.

Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Apabila enamel menipis ia tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Ia menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu dari serbuk arang menyebabkan gigi bukan saja tidak putih, malah menjadi kelabu kekuningan.

Pernah rawat pesakit terhakis enamel sepenuhnya

Dedah Dr Nur Sakinah, dia pernah merawat pesakit yang telah terhakis gigi kerana enamel sudah haus sepenuhnya akibat penggunaan serbuk arang.

Keadaan ini menyebabkan pesakit itu diganggu rasa ngilu secara keseluruhan dan ia perasaan itu mengganggu rutin hariannya.

Fungsi arang sebenarnya sama seperti kayu sugi iaitu untuk membersihkan gigi, bukannya memutihkan. Penggunaannya juga tidak boleh berlebihan kerana ia turut berisiko menipiskan lapisan enamel.

Sumber: Berita Harian

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment